Monday, 15 January 2007

Tak Tahu Nak Kata Apa...


Lewat petang semalam saya menerima teks ini. Pengirimnya jiran lama sewaktu tinggal sebangunan. Kawan menjual nasi lemak.

"Salam. ingat x DRB lecturer DPS kita masa 1st yr dulu. dia dah meninggal friday lepas - terjun dr parking lot pagi2 haritu."
Terkedu saya membacanya. Tak terkata apa...
Beberapa bulan lepas sudah juga dimaklumkan kepada saya yang 2nd boss nya dijumpai tergantung di rumah. Menjadi bual berita masyarakat di sana . Tambahan yang melakukan bukan peminta sedekah tidak berumah. Mereka ini orang cerdik pandai yang diakui hebat taraf pemikiran. Mereka contoh yang baik pada rakan sekerja. Mereka punya ramai kenalan. Tentu mereka punya cukup tempat mengadu nasib, melepaskan jerih dalam kerjaya dan masalah lainnya. Benarkah itu semua menjamin manusia bahagia?

Yang nyata jiwa mereka pasti kosong.
( Lainlah kalau tiba-tiba sahaja ada yang memberitahu mereka telah disahkan mempunyai "mental disorder". Mungkin ada suara yang menyuruh mereka mengambil tindakan nekad itu.)

Lalu kata sahabat/jiran saya,
" dah berjaya gitu pun x hepi. x berkat kot. nauzubillah."

Dan beberapa minggu lepas terdengar di radio IKIM.fm, seorg pelajar berumur 12 thn menggantung diri kerana dipercayai tidak dapat membayar yuran sekolah.

Petaka apakah ini?

Post-script:
Teringat peristiwa mendapat panggilan telefon dari org yang tidak dikenali meminta tolong kerana dia sudah patah semangat hidup kerana kecewa teman lelaki dicuri kakak sendiri. Jauh di sudut hati saya berharap gadis itu masih hidup dengan positif hingga kini...

3 comments:

tuan tanah said...

Terima kasih atas entri ini.

Anonymous said...

Emm..nak komen apa seumur idup inilah kali ke-3 kita bukak blog..pada kita orait abis la blog ni..tapi nengok2 jugak blog owang lain..wah ada yang buleh gerak..ada animasi lagik..cuba letak benda bergerak la pulak ek..

Chrysalis said...

To anon

Mentang2 keturunan melukis dan mewarna..nak animasi dan benda bergerak ye? Alamat kena panggil Animator dan Engineer mai tolong la..:)

Ingat tak masa datang kat presentation student hari tu? Most unwelcome comments kita kan: "Mana route keluar in case of emergencies". Sengih2 je bebudak tu. Mana taknya, org ubat menilai org bangunan... Tak ke tekeluar silibus Thn 1!