Sayang tanpa syarat. Dalam bahasa penjajah: "unconditional love". Mudah disebut tapi payah diolah maksudnya. Apatah lagi merasakannya; atau lebih tepat melakukannya.
Tahukah kita, sayang dalam bahasa membawa maksud kata nama dan juga kata kerja? Entri ini bukan untuk mengklasifikasikan tatabahasa. Saya bermaksud untuk kita melihat dengan ringkas maksud sayang tanpa syarat.
Apa itu sayang tanpa syarat (selepas ini ditulis sebagai STS). Bermaksud, sayang yg tidak mengenakan apa-apa syarat. Bukan bermakna menyayangi sehingga boleh melakukan apa sahaja sehingga melanggar hukum Tuhan. Sayang yang berlaku kadangkala sebelah pihak, kadangkala berbalas, selalunya tidak. Sayang yang bukan bertujuan untuk mendapat timbal balik. Namun pemiliknya rasa puas kerana dapat menghulurkan perasaan itu.
Sebagai contoh: sayang ibu ayah pada anak-anaknya. Tiada apa pun di dalam dunia ni membolehkan kita membalas sayang dan segala jasa mereka. Walau dikumpul seluruh dunia dan isinya. Tidak akan dapat mengganti kesukaran ibu sewaktu hamil: menghilangkan rasa tekak yang loya, menyejukkan badan yang sering saja panas kerana perubahan hormon, menanggung berat yang semakin bertambah, melelapkan mata yang hanya dapat tidur-tidur ayam, apa lagi menghilangkan kesakitan tatkala melahirkan, mengganti darah yang tumpah dan kemudian susah payah membesar dan mendidik anak-anak. Itulah contoh mudah STS. Contoh yang paling dekat dengan kita kerana kita semua ada ibu ayah.
Contoh teragung tentunya pada uswah hasanah, Rasulullah teladan kita. Di saat memulai mengajar tauhid, baginda melakukan dengan STS. Dakwah baginda bukan diukur dengan imbalan sejumlah pengikut sabiqul-awwalun. Tidak mengeluh dan berputus asa ketika dihina, disakiti, dipulau, dihalau, diperangi, di saat pedih atau ketika di puncak tertinggi Fathul Makkah. Itulah sebaik-baik contoh yang wajar diikuti yang pada saat sakaratnya pun mengingat "Ummati, ummati..."
Lalu, sayang kita bukan pada kata nama. Sayang kita adalah kata kerja. Selari syara', insyaallah akan turun rahmat Allah pada mereka yang berkasih sayang, walaupun pada sayang tanpa syarat dan balas isyarat . Moga kita menjadi antara golongan yang mendapat syafaat di hari hiruk-pikuk kelak.
* * * * *
Malu rasanya menyatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Kupujuk jua hati dan jiwa
Melafazkan hasrat cinta membara
Di dalam pujian ucapan salawat
Tanda penghargaan seorang umat
Selagi upaya kuturuti ajarannya
Apa terdaya kuamalkan sunnahnya
Di dalam dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerna budinya aku jatuh cinta
Rinduku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga
Sesungguhnya apa yang kudambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah.
-Hijjaz-
3 comments:
Memberi tanpa syarat, samaada kasih sayang atau benda, adalah sumber ketenangan yang indah. Kerana setiap kali kita memberti tanpa syarat, maknanya kita tidak meminta balasan. Tak meminta balasan, maknanya kita tidak berharap. Tidak berharap, maknanya tanpa balasan pun, kita tidak akan berputus asa untuk memberi. itulah sumber ketenangan hidup sehingga kita akan terus bersemangat untuk memberi dan terus memberi.
Setuju dgn penulis dan zaharah.:)
Memberi tanpa syarat juga bukanlah suatu yang mudah dan dapat dilakukan setiap masa. Pasti akan diuji.Semoga kita semua adalah insan2 yang memberi kasih sayang pada yang sepatutnya, tanpa syarat.
Thanks pd penulis sebab terima kritikan font hijau tu.Bukan apa, pening mata membacanya.Skrg dah ok, tapi penulis ada kebebasan untuk buat apa shj pd blognya.Itu pasti:).Kita kan berada di negara yang bebas?
sayang tanpa syarat..sayang semua orang..tak pi johor tapi hantar 6 org anak murid ke sana...agar mereka lebih kenal erti sayang..tapi budak2, pi tersangkut pulak dekat anak dare wak yg duk di smpg renggam tempat mereka pi menolong..minggu ni sibuk mengurus anak2 murid ke kluang, smpg renggam and batu pahat..mana cik puan pi? merajuk ke?
Post a Comment