(Gambar ihsan www.womens-fashion-boots-shoes.com)
Bolehkah seseorang dinilai melalui kasutnya?
Pernah saya terdengar di dalam satu ceramah oleh DMFK bahawa seseorang boleh dinilai berdasarkan kasutnya. Pada awalnya saya tidak begitu faham, tetapi lama kelamaan terasa kebenarannya. Dulu waktu di sekolah sering sahaja guru mengingatkan saya " Kalau tengok kamu dari atas dah elok dah pakaiannya, sampai kat kaki pakai sandal aje?" Selalunya saya hanya tersenyum sumbing. Dengan kedegilan saya, tak siapa akan tahu kenapa fesyen saya sering begitu-begitu. Dan tentu sahaja topik sandal bukan topik kegemaran saya, tetapi mengapa entri ini mesti ditulis?
Semenjak mendapat ilmu menilai manusia melalui kasut, saya pun memulakan eksperimen. Pemerhatian dibuat bukan sahaja pada jenis kasut, jenama atau warna, malah cara kasut dipakai dan tak lupa; rupa kasut sewaktu digunakan (rupa si pemakai tak masuk dalam senarai). Itu belum lagi perihal melihat kehausan tapaknya, atau kekilatan kasut yang dijaga rapi. Wah, banyak sungguh yang boleh dipelajari hanya dari sepasang kasut!
Saya tidaklah bercadang hendak menulis artikel berkenaan ilmu psikologi si pemakai kasut/sandal/selipar. Cukuplah pemerhatian saya itu, saya fahami sendiri. Saya cuma tertarik melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza, itu sahaja. Sebagaimana yang sibuk diwar-warkan dalam akhbar hari ni "Berfikir di Luar Kotak".
Saya bukanlah pemikir yang baik (kerana sering pening dan pusing bila membaca artikel yang memerlukan tadabbur yang mendalam). Tetapi saya gemar memerhati dan menyingkap yang tersirat di sebalik pemerhatian saya. Mungkin kerana penangan soalan lisan BM waktu SPM dulu. Oleh kerana itu, pernah suatu dekad lampau saya bertabiat gemar memandang ke atas untuk melihat bangunan dari perspektif yang berbeza, dalam perjalanan menaiki "limo" TransA ke kuliah. Macam-macam yang boleh dilihat jika kita mencuba pandang ke atas. Tetapi sekarang, sudah memandu sendiri ke pejabat, tak merasa nak pandang ke atas lagi. Tambahan pula di kawasan ini, bangunan pun tidak banyak untuk dipandang.
Oh ya, jika kasut mempunyai nilai psikologi yang tersendiri dalam menilai personaliti, tahukah anda Kementerian Pelajaran meletakkan syarat tertentu untuk pemakaian kasut guru, khasnya untuk cikgi-cikgi?
Pada yang bertanya, kasut yang saya pakai hari ini berharga RM29.95 sahaja yang boleh anda dapatkan di Viss, Alamanda Putrajaya :)
8 comments:
adakah warna tulisan juga memberi makna ttg seseorang?
Psst, tulisan hijau berlatar belakangkan warna putih mungkin sejuk bagi sstgh org, mungkin tidak bagi yg lain.terpulang pd blog owner.
tapi, kalau untuk presentation, dah kira fail ni.Hehe.
Salam.
Kak, saya hanya ada sepasang sandal. Selagi yang satu tu boleh dipakai saya tak akan beli yang lain. Apa maknanya tu? Hehehe...
Satu lagi,kalau orang tengok sandal saya, ramai yang ingat sandal itu dipakai oleh perempuan yang sudah tua-tua (pangkat nenek), apa maknanya itu? hehehe
Bagus juga kalau akak kongsikan di sini tentang ilmu mengenal manusia melalui kasut!
Teruskan menulis, saya sentiasa datang ke sini walaupun tak tinggalkan jejak.
Sejak di Malaya lagi, saya tak gemar pakai sandal. Selesa sangat dengan kasut.
Saya suka kasut warna striking - merah, atau turqoise misalnya. Apa maksudnya?
Anon:
Pengkritik saya nan seorang ni takkan luput drp soal warna dan design. Saya dah tukarkannya. Siapa kata saya tak dengar nasihat? :)
Jangan la kedekut sangat bagi markah. Tapi fail pun, sekurang-kurangnya saya tahu kelemahan saya di mana.
Zaharah: Ni yang segan nak nulis entri cam ni. Akak bukannya pakar psikologi. Cuma buat permerhatian sendiri-sendiri. Tak boleh nak dijadikan fatwa pujangga.
Suka pakai kasut sepasang sampai rosak membawa beberapa makna. Sama ada Zaharah seorg penjimat, atau kedekut :) Tak dinafikan Zaharah mungkin seorg yg setia: ibarat Sufiah, dan karekter2 heroin yang lain dalam novel-novel Zaharah. Sekurang-kurangnya akak yakin Zaharah berazam menjadi seorg yg setia, kan? Berkenaan dgn kaut cam fesyen org tua2. Yang ni, ikut citarasa masing-masing selalunya. Kadang bila fesyen org tua buat come-back, mcm kasut Audrey Hepburn cthnya ramai je budak-budak muda yang pakai. Tapi utk Zaharah, akak rasa kerana Zaharah mementingkan praktikaliti. Maklumlah kasut org muda tumitnya kekadang berinci-inci sampai sakit kaki, tulang belakang dan sakit poket (mahal). Kasut org tua pulak, flat, selesa dipakai, dan boleh dibawa berlari mengejar teksi atau bas RapidKL. Satu lagi kasut org tua ni kalau kualiti yang baik, tahan lama. Gitulah adanya...
Cik TT:
Kasut selalunya digemari oleh org yang lebih formal, comparatively dengan org yg suka pakai sandal, sifatnya lebih santai. Kemudian bergantung pada cuaca jugak. Kalau dah macam di Dublin tu, nak pakai sandal masa musim panas pun tak sanggup agaknya kerana suhu yg rendah. Satu lagi, kalau seseorg tu jenis kaki berkeringat di Malaya ni, mungkin lebih sesuai bersandal untuk kemaslahatan kaki juga.
Warna striking tergantung kepada pakaian dan keadaan. Kalau macam mak2 datin pakai, sedondon beg, kasut dan baju maknya dia mementingkan colour coordination. Kalau simply pakai tak coordinated dgn baju pulak, mungkin menunjukkan keberanian, atau seorg yg lain daripada kebiasaan. Kalau individu tu pakai kaler kasut tertentu berjalan dgn rakan lain yg punya kasut lebih kurg colour scheme bermakna mungkin ada conformance to peer pressure atau sebaliknya dia dan sahabatnya sangat sama taste. Probably, si pemakai sedikit eccentric.
Kalau ada psychologist yg baca komen saya ni, tentu kena gelak sakan :)
Wah, hebat betullah akak ni!
Apa yang akak cakap tentang saya tu, betullah! Sepasang kasut - tanda setia. Kasut ala-ala orang tu - selesa. Wah! Sukanya...sukanya....
Kata kawan saya, jangan menilai seorang wanita dari kasut yang dipakainya. :)
kasut saya dah lama tak bertukar dah berlubang2 dalamnya.. tapaknya kayu juga dah senget, gara2 berarak dlm hujan menghalau gorilla dari usa..sekarang cuma pakai sandal warna merah menyala, sandal tu pu dah tersengih2 (koyak juga)..tak terasa nak ganti baru..selesa dgn yg ada..
Post a Comment