Hampir kesemua blog yang saya lawati mempunyai komentar tentang tahun baru hijrah. Saya tidak berniat hendak menulis tentang azam pada tahun ini. Saya cuma berasa gembira kerana ada sedikit perubahan yang berlaku semenjak tahun baru hijrah 1428. Semoga ianya menjana lebih kebaikan dan mengundang rahmat Tuhan.
* * * * *
Saya berpeluang bertemu adik-adik yang sedang belajar dan akan menyambung pelajaran di Aus-NZ di dalam program Semai Mesra anjuran AUSIS. Program yang sangat bermanfaat menyediakan adik-adik yang bakal ke sana dengan kata-kata semangat dan nasihat, juga mengingatkan adik-adik (dan kakak-kakak serta abang-abang) tentang tugas dan tanggungjawab sebenar manusia. Seronok berkenalan dan berukhuwwah. Melebar jaringan dan meluas silaturrahim.
* * * * *
Dua hari lalu saya berpeluang menyambut kepulangan ayah dan ibu saya yang selamat menunaikan haji tahun lalu. Rasanya dalam ramai-ramai orang sayalah paling teruja melalui proses sejak mendapat tahu ibu dan ayah dapat menunaikan fardhu haji buat kali kedua. Kali pertama ke sana, saya masih di sekolah menengah. Tidak dapat menghantar mereka ke lapangan terbang pun. Umur adik bongsu saya ketika itu baru sebelas bulan. Tetapi kali ini, adik saya sudah pun berumur 15 tahun. Sungguh masa berlalu.
Saya diberi ibu bermacam-macam hadiah. Tetapi yang paling istimewa adalah al-Quran kecil yang ibu gunakan sepanjang masa beribadah sebagai tetamu ALlah. Saya berharap dapat meneruskan ibadah ibu dengan al-Quran kecil itu.
* * * * *
Azam saya di tahun 1428 ini? Sama sahaja seperti tahun-tahun yang lalu. Menang atau syahid di jalan Allah. Selagi khilafah Islamiyah tidak tertegak semula di muka bumi ini, selagi itu azam itu tidak akan berubah. Sepertimana Saiful Islam(entri tidak dapat dikesan semula) saya kira ramai yang mahu menang, tetapi jika kemenangan bukan takdir saya semasa hidup maka syahid harapan saya dapat berperanan meniup semangat berjuang serta mengatur gerak kerja pada yang lain. Susur galur amal yang menentukan arah azam. Teriakan dan tindakan saya.
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.{Ali-Imran 3:169}"
* * * * *
Kami sedari jalan ini kan penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kezaliman yang akan kami hadapi
Kemi rela dan jua serahkan dengan tekad di hati
Jasad ini, darah ini seperlu redho Ilahi
Kami adalah panah-panah terbujur
Yang siap dilepaskan dari busur
Tuju sasaran
Siapa pun pemanahnya
Kami adalah pedang-pedang terhunus
Yang siap terayun menebas musuh
Tiada peduli siapa pun pemegangnya
Asalkan ikhlas di hati hanya redha Ilahi Rabbi
Kami adalah tombak-tombak tercacak
Yang siap dilontarkan dan menghujam
Menembus dada hentakkan keangkuhan
Kami adalah butir-butir peluru
Yang siap ditembakkan dan melaju
Dan mengoyak, melubang kezaliman
Asalkan ikhlas di hati, jumpa wajah Ilahi Rabbi
Kami adalah mata pena yang tajam
Yang siap menuliskan kebenaran
Tanpa ragu ungkapkan keadilan
Kami pisau belati yang selalu tajam
Bak kesabaran yang tak pernah padam
Mengharungi dakwah ini jalan panjang
Asalkan ikhlas di hati menuju Jannah Ilahi Rabbi
-Shoutul Harokah-
(pohon maaf sekiranya ada perkataan yang salah dengar)
* * * * *
Pada Kem Semai Mesra yang lalu, ada ditayangkan video nasyid berlatarbelakangkan kematian. Kematian mengejut seorang pemain bolasepak luar negara di atas padang.
Saya insaf.
Saya yakin ramai lagi sahabat-sahabat lain yang insaf. Ada seorang adik memberitahu, dia tidak suka mendengar nasyid itu lagi setelah pertama kali menontonnya. Menakutkan. Apa lagi dengan visual kisah benar tersebut.
Serius saya mengingat video itu sungguh-sungguh. Memegang realiti kematian kejap-kejap.
Kerana itulah hakikat.. nafas ini makin singkat. Memandangkan semua manusia pun akan mati, mengapa tidak saya pilih jalan terbaik melaluinya.
Itulah azam saya.
Terima kasih Jiwa Rasa yang menyumbang kepada entri ini dan aie utk cd Shoutul Harokah.
Tuesday, 23 January 2007
Tahun Hijrah 1428
Ditaip oleh Chrysalis at Tuesday, January 23, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Azam...azam yang sama jugak la nampaknya..nak bukak klinik..he..he..tapi tokoh maal hijarah saya tahun ni..as-syahid sheikh ahmed yassin la..x tau ngape tiap kali ternampak wajah as-syahid..air mata tak buleh bendung2..
Salam Maal Hijrah.
Singkat sungguh hidup kita. Sedar tak sedar usia makin meningkat, sumbangan dan kerja amal tidak sebanyak mana. Hanya mengharap keampunan Allah kerana lalai dan leka.
p/s Terima kasih sebut nama, walaupun tolong tak seberapa.
Post a Comment