Friday, 19 January 2007

Harga Sepasang Kasut II

Pic thanks to generalshoes.co.uk

Tidak sangka saya akan menulis entri mengenai kasut lagi. Semuanya kerana kasut yang saya pakai telah tercabut 1/3 daripada tapak di bahagian tumit. Bulan lepas telah saya gamkan tetapi masih tercabut juga. "Agaknya nak kena beli baru," kata rakan saya.

Kasut ini telah berumur hampir 4 tahun. Berwarna hitam, dengan tapak getah. Jenis kasut yang boleh "dibawa masuk mahkamah" (court shoe), mudah diganding apa sahaja pakaian dalam majlis formal atau separa formal. Tidak berbunyi bila melangkah, dan boleh dibawa berlari kalau ada kecemasan. Kasut yang selesa dalam ertikata lainnya.

Bukan saya tidak mahu membeli yang baru. Sudah ada beberapa pasang yang saya beli buat persediaan menggantikannya. Tapi tak sama. Tak seselesa yang ini. Masalahnya bila membeli tidak pula dibeli yang berwarna hitam, kerana teringat kasut yang sepasang ini. Membazir kalau ada sepasang lagi kasut dari warna yang sama. Bila beli warna lain, coklat, kelabu dan merah jambu pula (taste anak sulung saya), hanya boleh dipakai pada majlis tertentu dan dengan pakaian tertentu sahaja. Sudahnya kasut ini jugalah yang disarung. Walaupun tapaknya dah 1/3 tertanggal. Tapi saya tak risau, saya akan minta tukang kasut betulkan semula dan saya akan dapat memakainya dengan hati yang berbunga-bunga.

* * * * *

"Betul ke?" tanya MOH minta kepastian. Saya menjawab " Itu yang dibaca, tak taulah sejauh mana kebenarannya". Pertanyaan MOH tu berkenaan dengan cerita saya. Cerita saiz kasut dikaitkan dengan IQ manusia. Dari pembacaan dikatakan, lebih besar saiz kasut, lebih tinggi IQ seseorang tu. Susah nak percaya, sebab bagi negara-negara yang rakyat memang besar tinggi (besar pula saiz kasutnya); takkanlah tidak ada si pemakai yang berIQ rendah? Saya tersenyum bila teringat tentang apa yang dibaca ini. Macam-macam cara manusia hendak membuktikan teori "kehebatan bangsa kelas pertama". Fikir saya, itu sahaja agenda di sebalik cerita saiz kasut dan IQ.
Sejak pulang ke Malaysia, saiz kasut saya bertambah. Adakah bermakna IQ saya pun bertambah? Kalau tanya pada MOH, dah boleh baca apa yang akan dia jawab. Lucu pula mengingatkannya!

* * * * *

Telah saya gam kasut ini dengan gam UHU buat sementara. Gembiranya saya.

MOH: My Other Half bukan Ministry of Health; majikan saya.[Teringat sahabat yg suka benar guna kalimah2 pintas dalam text msgnya :)]

2 comments:

Unknown said...

Baru sahaja saya nak tanya, sejak bila pula MOH dah mula minat pasal kasut ni???

Rupanya MOH lain!!

Intan Saleh said...

meneropong dari jauh.. boleh saya tahu kenal siapa yang jauh ni? =)

oh, kasut saya saiz 8. sukar betul mencari di malaysia. =(