Monday, 8 January 2007

Sakit Itu Nikmat




Bilakah sakit itu menjadi nikmat?

Apabila anda sakit lalu dapat MC dan cuti di rumah?
Atau ada kaum keluarga, sahabat handai yang boleh melayan rengek dan kerenah anda?
Atau apabila masuk wad dapat claim insurans/takaful?
Atau dapat makan bubur berlaukkan sardin atau sup kaki ayam (sup ekor atau gear box tak main)?
Atau boleh tidur lama-lama?
Atau boleh solat dalam keadaan duduk, baring, gerak mata, hati?
Atau kita dapat pahala kerana bersabar di atas kesakitan itu?
Atau kita dekat dengan Allah kerana sengsara?
Atau semua di atas?


Sakit itu nikmat kerana dengan kesakitan, kita sedar yang saraf sakit masih berfungsi, otak juga, dan kita sedar kita masih hidup dan dapat merasa kesakitan.

Hidup itu nikmat.

Sakit itu nikmat.

4 comments:

Unknown said...

Sakit adalah nikmat apabila anda adalah seorang doktor di klinik swasta, menanti dan menunggu kedatnagna orang sakit... :)

Chrysalis said...

Hmm.. betul juga apa yg jiwa rasa tulis.
Tapi yang pastinya saya bukanlah doktor yang dimaksudkan tu :)
Cuma kalau jiwa rasa menjadi pesakit, tidak betahkah menyatakan sakit itu nikmat?

Anonymous said...

Ni faraheen kan.mana pi nye alveolus.awat tukau nama..rajinnya nulis wp busy.all the best, moga tercapai cita2 menjadi penulis yg berjaya.:)

Chrysalis said...

Siapa nama Faraheen, angkat tangan!

ikan_gelama: Terima kasih di atas doa yang baik. Oh ye, saya mahu menjadi penulis yang membawa saya ke syurga Tuhan, insyaallah.

p/s teringat ikan kekek :)