Sunday, 18 March 2007

Pelajaran Hari Ini


Dalam dua hari ini, Allah telah mengingatkan saya betapa kita hanyalah hamba-hamba-Nya yang kerdil. Dunia yang luas dan tidak tercapai dek penglihatan pada keseluruhannya sebenarnya kecil dan terbatas. Yang Maha Luas hanyalah Allah swt. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu.

* * * * *

4 Ciri Manusia yang Tidak Rugi (dari kacamata Islam)

1. Manusia yang beriman (dengan didasari ilmu sebagai asasnya)

2. Manusia yang beramal soleh

3. Manusia yang berpesan dengan kebenaran - yang menjadikan seruan kepada jalan Allah sebagai pendinding kerugian dan seterusnya merasakan pertanggungjawaban kepada melaksanakan dakwah.

4. Manusia yang berpesan dengan kesabaran - sabar dengan kehidupan, dengan manusia lain (yang ditujukan dakwah) dan terutamanya sabar dengan diri sendiri yang sering lupa/lalai/malas/merajuk/kecewa/tension/frust/putus asa ketika berdakwah. Jika berterusan melayan perasaan dan sikap negatif yang disebutkan maka dengan mudah kita akan menjadi rugi. Sabar memerlukan latihan.

Hakikat dunia ini adalah merupakan pertembungan antara kebenaran dan kebatilan. Kebenaran akan menang dan kebatilan akan kalah. Walaupun begitu, realitinya, kebatilan itu lebih mudah mendapat tempat di hati manusia kerana jalan kepada kebatilan itu banyak dan rencam. Sungguh pun begitu, kebenaran dan kebatilan mempunyai pasang dan surut, turun dan naik atau mengisi kitaran yang tertentu sebagaimana yang dikehendaki ALlah. Realiti umat Islam pada zaman ini berada di bawah, walau pun sejarah membuktikan bahawa Islam pernah mencapai kegemilangan lebih seribu tahun. Langsung, untuk kita menyikapi nasib umat Islam hari ini adalah dengan menggabungkan diri dalam gerak kerja dakwah tersusun, yang dapat menyelamatkan individu, keluarga, masyarakat dan dunia amnya daripada terus dihimpit kebatilan yang terasnya adalah hawa nafsu, tiangnya adalah maksiat dan bumbungnya adalah orang-orang kafir. Dakwah merupakan persoalan yang besar kerana ia merupakan tuntutan aqidah sebagaimana yang dijelaskan dalam banyak ayat al-Quran seumpama ayat " orang yang beriman adalah mereka yang berjihad di jalan ALlah dengan harta dan jiwa mereka." Oleh yang demikian, jika dakwah tidak dianggap sebagai suatu tuntutan aqidah, maka agama ALlah tidak akan terbela dan terus-terusan berada di dalam kancah percaturan kuasa-kuasa besar yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika kita tidak mengambil langkah segera, bersedialah diinjak-injak kerana jika bukan kita, maka anak/cucu/cicit/7 keturunan ++ akan menanggung akibat daripada perbuatan tidak endah dan lengah kita dalam memastikan aqidah dan syariat Islam terus subur di bumi Tuhan.

* * * * *

Rasulullah mengibaratkan masyarakat yang harmoni seumpama sebuah taman yang terdiri daripada 5 golongan penting:

1. Pemimpin yang adil
2. Ulama' yang takutkan ALlah
3. Golongan profesional (yang melakukan kerja-kerja memenuhi keperluan manusia seluruhnya)
4. Peniaga yang amanah
5. Ahli ibadah

* * * * *

Syarat bagi suatu pekerjaan/ perlakuan yang boleh diangkat menjadi ibadah umum adalah:

1. Niat kerana ALlah
2. Pekerjaan dan perbuatan bertepatan dengan syara'
3. Perbuatan atau pekerjaan tidak sampai menyebabkan tertinggalnya ibadah yang wajib.
4. Pekerjaan tersebut dapat menghasilkan manfaat.


Semoga ALlah memberi taufik dan hidayah-Nya kepada kita semua dalam memahami erti hidup kita yang sebenar-benarnya. Wallahua'lam.

http://www.adkmuseum.com/i/eventPhotos/garden.jpg

2 comments:

Maryam said...

sumber itu dari surah al-'asr, kan? :)

Chrysalis said...

You r right Inqilaab