Semasa saya memperkenalkan diri bertelefon ke salah sebuah PBT yang terkemuka di Malaysia, dan di rantau sebelah sini (Lembah Klang) kerana mahu meminjam tandas bergerak saya ditanya satu soalan, "Betul ke doktor ni? Apsal suara macam budak-budak je?", tanya puan pegawai perhubungan di hujung talian. Untuk kesekian kalinya, saya tidak mahu berperasaan apa-apa, kecuali "huh?"
Acapkali sudah saya dengar kenyataan begini ditanyakan kepada saya, tak kiralah sama ada jika saya bercakap melalui telefon atau ketika bersemuka. Pada mulanya saya beranggapan, orang yang berkata demikian sebenarnya mahu menjual barang pada saya (ayat org bisnes). Tapi lama kelamaan sedikit sebanyak saya berasa sesak dengan anggapan seperti itu. (Err pentingkah apa anggapan manusia lain pada kita?)
Untuk orang berkata saya nampak jauh lebih muda dari usia, bukanlah sesuatu yang menyukakan hati saya. Awet muda, bukan kenyataan yang harus dibangga kerana umur yang meniti saban hari tidak pernah akan kembali. Paling menyusahkan apabila pesakit tidak mahu memakai nasihat kita kerana "doktor nampak macam baru grad je" dan sangkaan itu membuatkan keyakinan saya semakin menipis. (Ah pentingkah anggapan manusia lain pada kita?)
Kesimpulan yang dapat saya pelajari adalah - biarlah apa yang orang lain mahu katakan tentang saya. Saya cuba menjadi manusia yang "berisi" dan memberi manfaat pada orang lain. Jika saya menulis bukan kerana nama, saya juga tidak mahu orang menerima nasihat (atau sebaliknya) kerana rupa tidak matured saya. Saya sudah tua dan mahu bertindak sesuai dengan usia saya.
Kepada yang masih menyangka saya budak hingusan - dengarlah apa yang saya kata dan bukan semata melihat kepada orang yang berkata-kata.
* * * * *
Oh ye, jangan pula ada yang berkata saya tidak bersyukur dengan kurniaan Tuhan pada saya. Keadaan "tak matured" ini aset saya untuk mendekati remaja walaupun bukan untuk golongan profesional sesama atau golongan tua yang lebih suka pada yang kematangan rupa.
Wednesday, 7 March 2007
Anggapanmu
Ditaip oleh Chrysalis at Wednesday, March 07, 2007
Bersabit Air durian belanda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kelakarnya...betul ke u awet muda..nampak matured ala2 jawa..takpe, yg penting manis di hati hubby u.
Entahnye Anon, akak pun tak tau le. Nampak kat cermin- tua je, dah ada garis halus, garis kasar, garis lintang, garis bujur.. semuanya dah ada. Hakikatnya dah kategori ancient :)
Post a Comment