Tuesday, 27 March 2007

Cuti Dua Hari

Alangkah bagus kalau saya yang bercuti. Tetapi, sebenarnya cuti tersebut saya beri sendiri-sendiri kepada anak-anak saya kerana saya perlu menghadiri kursus di luar daerah. Lalu, memandangkan kami tidak mempunyai pembantu rumah dan saya bimbang tidak sempat ke tempat kursus jika berulang, maka saya ajak MOH berulang-alik ke tempat kerjanya dengan mengikut saya dan anak-anak pula tidak dapat pergi ke tadika seperti biasa.

Sebab itulah saya isytiharkan cuti untuk anak-anak saya. Ummi siapalah ni???

* * * * *

Kursus yang saya hadiri bertajuk Violence Prevention Course. Penceramah daripada pelbagai agensi Polis, Doktor dari KKM, One Stop Crisis Centre (OSCC) HTAR dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Isu utama: Penderaan kanak-kanak dan Keganasan Rumahtangga. Banyak juga cerita-cerita yang diberitahu oleh Pegawai JKM.

* * * * *

Jika berkesempatan, saya akan masukkan isi ceramah. Esok, ada lagi.

2 comments:

BaYu SenJa said...

apa reaksi anak-anak bila diberi cuti?!
meloncat? berguling? garu2 kepala? atau......

selamat berkursus..

Chrysalis said...

Bayu: Reaksi anak-anak?

Itqan: Seronok boleh main online games, tapi tak berapa seronok bila Ummi terpaksa pergi kursus dan bukan layan dia main badminton.

Rujhan: Ummi nak susu! lepas tu selamba ambil bantal dan baring seperti tiada apa yang berlaku.

Oh terima kasih utk Cik Yam yang setia melayan kerenah anak-anak saudaranya...