Malam ini, saya akan bertemu pula dengan sahabat yang telah lama bermastautin di Sydney. Bekerja di sana sejurus selepas menerima ijazah. Bernikah dengan seorang lelaki berbangsa Greek. Berjaya menyedarkan suami (beberapa tahun sebelum mengambil keputusan bernikah) daripada Atheis kepada Muslim atas hidayah Allah.
Saya teruja. Dia juga. Lewat dua hari lalu kami bertemu di alam maya. Saya fikir dia mahu pulang melawat-lawat Malaysia sahaja. Rupanya langkah akan lebih panjang ke Belanda sebelum singgah di Turki.
Saya tahu dia memang suka berjalan. Dahulu, kami bertemu untuk pertama kalinya pun kerana dia suka-suka sahaja mahu ke Adelaide untuk bertukar suasana sambil bekerja. Ketika itu, dia bekerja secara 'freelancer'. Syarikat akan mengambil beliau bekerja menurut kemahuannya. Seronok kerana dapat meneroka tempat baru dalam jangka masa menyelesaikan projek IT.
Di Adelaide, dia sangat membantu. Waktu petang sering sahaja membawa Itqan pusing-pusing dengan Mazda (zoom zoom zoom). Kadang-kadang meneman membeli belah. Atau hanya duduk bersembang di apartmen kami. Dia menyewa bilik dengan keluarga Australia berbangsa Itali. Gemar membakar kek untuk saya dan kawan-kawan. Kerap juga solat berjamaah Maghrib dan Isya' bersama di bangunan kami. Pernah menjadi penasihat dalam Bengkel " Muslimah dan Kerjaya 2002. Hebat!
Kami bermusafir ke Sydney pada bulan Ramadhan sejurus selepas saya lulus peperiksaan akhir. Hadiah daripada MOH untuk saya. Orang kata, mahu mengenal seseorang; pergilah bermusafir dengannya. Kebetulan, dia mahu pulang sebentar kerana dalam pada kerja di Adelaide, dia dan teman berpindah rumah. Dia hanya sempat memasukkan barang-barang dalam kotak sahaja. Selebihnya dibantu kawan-kawan. Lagipun, dia menjenguk teman yang baru kematian isteri akibat barah perut. Unik sungguh persahabatan mereka.
Ya! Dia memang unik. Latar belakang bukan masalahnya. Sesungguhnya saya bertuah mempunyai sahabat seperti dia. Dan saya tidak sabar bertemunya malam ini...
p/s Dia perempuan pertama yang saya jumpa gemar pergi "berlayar" sehingga menyertai kelab pelayaran di Sydney. Tak ketinggalan bush walking dan lain-lain aktiviti yang menarik, selain menyelam skuba :)
Friday, 6 April 2007
Saat Musafir Bersama
Ditaip oleh Chrysalis at Friday, April 06, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Salam.
Memang indah bila bernostalgia ttg sahabat yang akrab dan sealiran. Bagai manisnya buah-buahan dan harumnya bunga-bungaan.
lebih bertuah bila dapat bersahabat dengan manusia sebegitu..
jika dia mampu merungkai kecelaruan atheis dengan memperkenalkan Hujah Islam sebegitu, pastinya menumpangi sahabat sebaik itu suatu yang membanggakan..
saya minat dengan buku tulisan penulis turki perempuan bernama amine (tak tahu nak sebut nama seterusnya... hehe) yang menceritakan kisah-kisah akidah...
Insyaallah malam ini saya akan hantarnya di KLIA utk dia dan suami terbang ke Belanda.
Yang pasti; merindukan pertemuan seterusnya.
"Jangan diucap "selamat tinggal" tetapi katakan "semoga bertemu lagi". Jika tidak di bumi Tuhan, mudah-mudahan di syurga abadi."
Post a Comment