Saturday, 21 April 2007

Dinihari

Semalam saya terpaksa lupakan niat saya untuk menulis kerana banyak perkara yang perlu diselesaikan.

Semalam juga saya pening dan hampir jatuh, alhamdulillah Allah jaga saya waktu menuruni eskalator dari tingkat 5 ke tingkat 2.

Semalam pusing kepala yang teruk menyebabkan saya mempengerusikan mesyuarat dengan perantaraan orang lain dan dengan kepala tersandar di kerusi.

Itu semalam. Sebetulnya saya mahu menulis tantang perkara lain, tapi ini yang ditaip. Hmm...


Pagi ini jam 4 Itqan mahu air blackcurrant, letak ais.. dan mahu tidur dengan ummi.. kemudian bangun lagi mahukan air sejuk dan merengek kerana ummi mengadap komputer sedang Itqan baring sekejap bangun sekejap dan kata "Tak selesa", dan Itqan setia meneman saya mengadap pc ini sehingga dia tidur semula di bahu saya (macam ketika umurnya kurang setahun dulu tetapi sekarang dia sudah lebih separuh tinggi saya dan kira-kira 16 kg lebih berat dari dulu).


Kemudian, Rujhan bangun pada jam 4.40 pagi dan minta saya buatkan susu, kemudian tak jumpa botol susu lalu saya offer air blackcurrant padanya. Rujhan mahu cawan gajah dan saya tak jumpa cawan itu. Lalu saya bagi dia cawan biasa, dan ternampak pula cawan gajah di para atas kepala. Dan terjumpa botol susu, dan saya buatkan susu dan dia masuk semula ke dalam bilik. Tapi pada jam 5 pagi, Rujhan masih di sini terlentok di bahu saya, memerhatikan ummi menulis entah apa-apa.

Esok Ulangtahun Perkahwinan saya.

Dinner di mana?

11 comments:

BaYu SenJa said...

Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan :)
semoga dinner tu tak tercemar dengan perkara yang akan mengganggu..

blueberry dan blackcurrant tu sama ka? saya juga suka jus bery tu kat sini, murah dan tulen.. hehe

Anonymous said...

Itu adalah antara nikmat menjadi seorang ibu. Keletihan dalam kenikmatan, adalah kenikmatan atas kenikmatan!

HbO said...

salam. sukanyer baca criter2 anak2 akak. =)

Muhamamd Firdaus said...

semoga anak anak yg masih kecil tu menjadi pembakar semngat perjuangan anda..

Intan Saleh said...

salam ulangtahun. yang keberapa ya?

Chrysalis said...

Bayu: Terima kasih. Nampaknya tak jadi nak dinner sebab pulang lewat dari Seminar Pencinta Buku di S. Alam. Cuaca sejuk amat dalam dewan itu, sehingga akak bersin-bersin.

Zaharah: Begitulah bila dah jadi ibu. Tidur takkan cukup semenjak hamil lagi. Allah pula menyekat siksaan ke atas manusia kerana kasih ibu pada anak-anaknya.

Fairy tale: Terima kasih. Nanti datang lagi.

M.Firdaus: Insyaallah.

Intan: Yg ke-7 alhamdulillah :) Intan bila lagi? Nanti balik boleh la buat org JPA dan SPA yang interview kemasukan kerja sebab tekaan mereka tepat yang student Australia ramai yang berkahwin dan beranak masa belajar *wink*

tuan tanah said...

Selamat Ulangtahun Perkahwinan!

Semoga berkekalan ke akhir hayat, dunia & akhirat.

Chrysalis said...

Bayu: Lupa nak jawab soalan- Black currant dengan blueberry tak sama dik. Black currant lebih gelap warnanya dan lebih keunguan manakala blueberry warnanya lebih kebiruan dan lebih manis rasanya.

Tuan Tanah: Terima kasih daun keladi, TT bila lagi ? :)

Unknown said...

Salam ulangtahun perkahwinan.
Moga kekal berbahagia hingga ke akhirat.

Anonymous said...

selamat ulangtahun yg ke-7... (agak lewat kan??? tp better late than never... ;) moga perkahwinan akak berkekalan n bahagia di samping anak2 yg sggh comel n ceria tuh.. => insyaAllah.

btw, jaga diri akak baik2... ;)

Chrysalis said...

T kasih buat Tuan JR dan adik Azi..