Thursday, 12 April 2007

Kalau sakit, carilah penawarnya...



Ayat seorang doktor. Tapi bukan untuk sesiapa jua tetapi untuk kereta saya. Ingat tak kisah kembara saya yang lepas. Bunyi bising tu disebabkan bearing belakang kereta pecah. Bila fikirkan balik, berani sungguh saya ke selatan tempoh hari dengan memandu laju. Sebab tidak tahu apa masalahnya, maka saya berani buat macam itu. Jika sudah tahu, saya tidak akan dibenar memandu oleh MOH pastinya. Masalah dengan pemanduan saya, pantang nampak jalan lurus. Yang lain-lain itu, sila buat ayat penyata sendiri. Kali ini, bearing depan sebelah kiri pula yang buat hal. Saya ok je, selain di'cover' waranti, saya dapat mengambil cuti hari ini :)

* * * * *

Bagi sesiapa yang rajin menyelak akhbar, tentu ada lihat berita tentang Latihan Pesawat Terhempas di KLIA. Khabarnya ada yang betul-betul pengsan. Saya senyum-senyum baca berita itu. Wartawan kalau dah menulis...

* * * * *

Pelukan berganti
Salam bersambut
Di hujung sebuah pertemuan
Di sana ada hikmah
Sebuah perjalanan yang panjang
Pada setiap perhentian
Bukan mudah bersua wajah semalam
Pada hari ini

* * * * *

Kalau sakit, carilah penawarnya.. kalau kasut rosak? Beli sahaja yang baru!

3 comments:

BaYu SenJa said...

kalau kasut rosak kak, elok lagi pi pebaik saja.. jimat :)

dah tu kalau tau bearing dah berbunyi, jangan lagi memandu jauh2...

Unknown said...

Penawarnya, kena cari kereta baru...:)

Chrysalis said...

Bayu: Kasut ni pasal dah tak larat nak pi pebaik tu yang nak kena beli baru :). Boleh baca dalam Kisah Sepasang Kasut. Ada susur galurnya kat situ.

Tuan JR: Beli baru? Nantilah bila dah bergelar jutawan RM.