"Ya Allah, sesungguhnya aku hamba-Mu, nasibku di tangan-Mu, berlaku pada semua hukum-Mu, adil padaku semua keputusan-Mu, aku mohon kepada-Mu dengan semua nama yang Engkau namakan untuk Zat-Mu, atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau Engkau simpan dalam ilmu ghaib yang ada pada-Mu, semoga Engkau jadikan Quran sebagai penghibur hatiku dan penerang dadaku, dan melapangkan kesusahanku, dan menghindarkan kerisauanku. Maka nescaya Allah akan menghilangkan duka cita dan diganti dengan kelapangan dan KEGEMBIRAAN."
Wednesday, 31 January 2007
Tuesday, 30 January 2007
Hal Mempersiap Diri
Ditaip oleh
Chrysalis
at
Tuesday, January 30, 2007
0
Pesan
Monday, 29 January 2007
Harga Sepasang Kasut III
Sedikit perkongsian ilmu tentang hal memperindah penampilan yang dipetik daripada buku Bagaimana Menyentuh Hati - Abbas As-Siisiy.
Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata bahawa ada seorang lelaki tampan yang datang kepada Rasulullah saw lalu berkata: " Ya Rasulullah, sesungguhnya saya adalah orang yang suka keindahan dan saya telah diberi oleh Allah keindahan itu, seperti yang engkau saksikan, sampai saya tidak suka jika ada orang yang melebihi saya meskipun hanya berupa selipar. Apakah ini termasuk sifat sombong?" Rasulullah menjawab, " Tidak, sesungguhnya yang dimaksud dengan sifat sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain."
Ditaip oleh
Chrysalis
at
Monday, January 29, 2007
2
Pesan
Sebentuk Cincin Semanis Puan
Ditaip oleh
Chrysalis
at
Monday, January 29, 2007
2
Pesan
Friday, 26 January 2007
Dari Kematian, Kita Pelajari Makna Kehidupan...
Alhamdulillah, beberapa waktu lepas saya mendapat berita yang menggembirakan saya. Tidak lama lagi saya bakal menerima anak saudara baru. Sebagai seorang kakak dan ibu, saya dapat merasakan kegirangan yang bernyanyi dalam hati adik saya. Mungkin atas sebab yang sama, ternyata saya masih ingat kenangan pertama kali hamil. Kenangan itu biar saya simpan dan kongsikan dengan menantu saya sahaja nanti :). Jangan pula menyangka saya tidak ingatkan kehamilan kedua, kerana ternyata ia sama hebat dan tidak sedikit pula cabarannya!

Maka, apa pula kaitan pembelian majalah itu dengan konsep rumah saya? Hanya Allah, saya dan MOH yang mengetahui jawapannya.
Ditaip oleh
Chrysalis
at
Friday, January 26, 2007
4
Pesan
Bersabit Chrysantemum Tea
Tuesday, 23 January 2007
Tahun Hijrah 1428
Hampir kesemua blog yang saya lawati mempunyai komentar tentang tahun baru hijrah. Saya tidak berniat hendak menulis tentang azam pada tahun ini. Saya cuma berasa gembira kerana ada sedikit perubahan yang berlaku semenjak tahun baru hijrah 1428. Semoga ianya menjana lebih kebaikan dan mengundang rahmat Tuhan.
* * * * *
Saya berpeluang bertemu adik-adik yang sedang belajar dan akan menyambung pelajaran di Aus-NZ di dalam program Semai Mesra anjuran AUSIS. Program yang sangat bermanfaat menyediakan adik-adik yang bakal ke sana dengan kata-kata semangat dan nasihat, juga mengingatkan adik-adik (dan kakak-kakak serta abang-abang) tentang tugas dan tanggungjawab sebenar manusia. Seronok berkenalan dan berukhuwwah. Melebar jaringan dan meluas silaturrahim.
* * * * *
Dua hari lalu saya berpeluang menyambut kepulangan ayah dan ibu saya yang selamat menunaikan haji tahun lalu. Rasanya dalam ramai-ramai orang sayalah paling teruja melalui proses sejak mendapat tahu ibu dan ayah dapat menunaikan fardhu haji buat kali kedua. Kali pertama ke sana, saya masih di sekolah menengah. Tidak dapat menghantar mereka ke lapangan terbang pun. Umur adik bongsu saya ketika itu baru sebelas bulan. Tetapi kali ini, adik saya sudah pun berumur 15 tahun. Sungguh masa berlalu.
Saya diberi ibu bermacam-macam hadiah. Tetapi yang paling istimewa adalah al-Quran kecil yang ibu gunakan sepanjang masa beribadah sebagai tetamu ALlah. Saya berharap dapat meneruskan ibadah ibu dengan al-Quran kecil itu.
* * * * *
Azam saya di tahun 1428 ini? Sama sahaja seperti tahun-tahun yang lalu. Menang atau syahid di jalan Allah. Selagi khilafah Islamiyah tidak tertegak semula di muka bumi ini, selagi itu azam itu tidak akan berubah. Sepertimana Saiful Islam(entri tidak dapat dikesan semula) saya kira ramai yang mahu menang, tetapi jika kemenangan bukan takdir saya semasa hidup maka syahid harapan saya dapat berperanan meniup semangat berjuang serta mengatur gerak kerja pada yang lain. Susur galur amal yang menentukan arah azam. Teriakan dan tindakan saya.
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.{Ali-Imran 3:169}"
* * * * *
Kami sedari jalan ini kan penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kezaliman yang akan kami hadapi
Kemi rela dan jua serahkan dengan tekad di hati
Jasad ini, darah ini seperlu redho Ilahi
Kami adalah panah-panah terbujur
Yang siap dilepaskan dari busur
Tuju sasaran
Siapa pun pemanahnya
Kami adalah pedang-pedang terhunus
Yang siap terayun menebas musuh
Tiada peduli siapa pun pemegangnya
Asalkan ikhlas di hati hanya redha Ilahi Rabbi
Kami adalah tombak-tombak tercacak
Yang siap dilontarkan dan menghujam
Menembus dada hentakkan keangkuhan
Kami adalah butir-butir peluru
Yang siap ditembakkan dan melaju
Dan mengoyak, melubang kezaliman
Asalkan ikhlas di hati, jumpa wajah Ilahi Rabbi
Kami adalah mata pena yang tajam
Yang siap menuliskan kebenaran
Tanpa ragu ungkapkan keadilan
Kami pisau belati yang selalu tajam
Bak kesabaran yang tak pernah padam
Mengharungi dakwah ini jalan panjang
Asalkan ikhlas di hati menuju Jannah Ilahi Rabbi
-Shoutul Harokah-
(pohon maaf sekiranya ada perkataan yang salah dengar)
* * * * *
Pada Kem Semai Mesra yang lalu, ada ditayangkan video nasyid berlatarbelakangkan kematian. Kematian mengejut seorang pemain bolasepak luar negara di atas padang.
Saya insaf.
Saya yakin ramai lagi sahabat-sahabat lain yang insaf. Ada seorang adik memberitahu, dia tidak suka mendengar nasyid itu lagi setelah pertama kali menontonnya. Menakutkan. Apa lagi dengan visual kisah benar tersebut.
Serius saya mengingat video itu sungguh-sungguh. Memegang realiti kematian kejap-kejap.
Kerana itulah hakikat.. nafas ini makin singkat. Memandangkan semua manusia pun akan mati, mengapa tidak saya pilih jalan terbaik melaluinya.
Itulah azam saya.
Terima kasih Jiwa Rasa yang menyumbang kepada entri ini dan aie utk cd Shoutul Harokah.
Ditaip oleh
Chrysalis
at
Tuesday, January 23, 2007
2
Pesan
Friday, 19 January 2007
Ingat-ingat
Menjenguk blog Ummu Amiir hari ini.
"Jangan ucapkan Selamat Tinggal
Ucapkanlah Hingga Kita ketemu Lagi
Walaupun ianya tidak akan lagi di bumi Tuhan
Mudah-mudahan Bertemu kita di Syurga-Nya nanti"
Kami hanya pernah bertemu sekali di alam nyata. Selebihnya di alam maya. Doa saya semoga kami bertemu lagi di Jannah abadi.
Ditaip oleh
Chrysalis
at
Friday, January 19, 2007
2
Pesan