Thursday 13 December 2007

Cuti-cuti Malaysia



Hujung tahun: sibuk dengan kerja-kerja pentadbiran sehingga saya merasakan saya telah banyak ketinggalan dalam kerja-kerja klinikal. Mujurlah anggota kerja di sini yang berumur lebih 35 tahun harus menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan, jikalau tidak saya seumpama doktor yang menggantung stetoskopnya bukan di atas bahu tetapi pada penyangkut baju. Oh ye! dan sesiapa yang bekerja dengan sektor awam ini tentu tahu tentang "Year End Shopping (YES) bukan Year End Sale, kerana kesibukan 'menyelesaikan' bajet kewangan yang tiba-tiba muncul tanpa disangka. Dan saya juga tidak ketinggalan memeriahkannya :)


Dalam kesibukan saya terpaksa juga mengambil cuti-cuti Malaysia. Itqan telah selamat berkhatan pada 2 Disember lalu, dan saya hanya dapat menjaganya selama 3 hari kerana kekangan kerja. Selebihnya, Itqan dijaga oleh To' Ibu. ALhamdulillah tidaklah teruk sangat, walaupun kadang-kadang dia berkeras tidak mahu mandi ataupun jenuh mengingatkan jika Itqan suka-suka sahaja memanjat ke sana sini dengan memakai kain! Selebihnya hanya memastikan dia mahu makan ubat. Hari kelima Itqan sudah memakai seluar seperti biasa dan naik basikal pada hari ketujuh. Walaubagaimanapun, saya tidak dapat merakamkan detik-detik cemas itu, kerana Itqan tidak cemas langsung menghadapinya. Gambar Itqan memakai kain klasik juga tidak ada kerana sekian lamanya, hajat saya hendak membeli coolpix masih lagi tidak kesampaian.... D'oh!


Kelmarin cuti di Selangor, kami anak beranak (kecuali MOH kerana beliau bekerja bukan di Selangor), berjalan ke Aquaria. "Seronok tengok fish" kata Rujhan. Semenjak anak-anak bercuti sekolah, saya belum sempat membawa mereka "makan angin" sehinggalah hari itu. Rujhan tentu paling bosan kerana selain perlu ditinggalkan ketika saya bekerja, banyak tumpuan saya berikan kepada Itqan yang telah dibedah kecil. Rengekannya sahaja sudah menandakan Rujhan mahukan perhatian daripada umminya yang perlu melakukan terlalu banyak kerja pada satu-satu masa. Jadi, naik "kapaltapi" dan tengok fish memang menggembirakan Rujhan.


Oh ye dan saya perlu menduduki peperiksaan minggu depan, padahal buku rujukan baru saya baca hanya pada tajuknya! Sedangkan sebelum itu semasa menjaga Itqan di kampung, saya sempat menghabiskan 4 buah novel (uhu) dan kemudiannya setelah pulang ke sini, menyelesaikan A Thousand Splendid Suns oleh Khaled Hosseini: Hadiah dari MOH dalam masa 1 hari :)

MOH mencadangkan saya mengambil cuti sehari sebelum itu supaya saya dapat menelaah dengan baik untuk peperiksaan. Walhal, saya sudah mengintai-intai The Kite Runner: hasil tulisan pengarang yang sama. Saya kira harus berkorban dulu dan menghabiskan bacaan untuk peperiksaan terlebih dahulu.


Doakan saya...

6 comments:

Unknown said...

Salam,

Good luck untuk exam. PTK?

Wah, saya pun baru berkira-kira nak mengkhatankan anak bujang saya tu. Nanti bolehlah share tips.

Chrysalis said...

Salam kembali..

Macam tulah kira-kiranya Ummu. Terima kasih atas kata-kata semangat, walaupun saya masih belum cuba membaca lagi buku yang CC dengan baik hatinya pinjamkan kepada saya.

Boleh nak share tips... yg penting ibunya perlu kuatkan semangat :)

Ridzwan A. Rahim said...

Salam Faraheen,

Kali terakhir saya dan anak2 ke Aquaria, seekor ikan yu melompat dari kolamnya dan landing di atas lantai betul2 di depan kami bertiga. Ini bukan main2, ini betul2. Bamboo shark. Anak2 lari bertempiaran. Saya dengan coolnya mengangkat ikan yu tersebut dan membubuh semula ke dalam kolam (pegang ikan yu nie rasa macam pegang ular sawa. Kalau tak pernah pegang ular sawa, saya tak boleh nak tolong).

Tiba2 seekor lagi ikan yu melompat keluar dari kolam yang sama, kali ini lagi besar. Something was exciting them but I had no idea what it was. Saya angkat yang itu juga dan bubuh dalam kolam.

Anak2 memanggil saya hero pada hari itu.

Unknown said...

Selamat bercuti. Salam Aidil Adha.
Selamat mengambil peperiksaan.

Unknown said...

selamat hari raya kak chrysalis. baby baru bila dijangka keluar?
doakan saya juga,lagi 4 bulan nak dapat orang baru.:)

Chrysalis said...

Ridzwan or Dwey as some people call u - kalau ikan yu tu jatuh depan kami agaknya saya yang paling cepat berlalu, dan anak saya yg akan jadi hero saya.. atau dia mungkin tak mau masukkannya semula dalam akuarium dan merengek-rengek nak bawa balik... A hero? Wow, what a compliment!

Alifi.. blog ni pun tak terupdate.. awak je la yg buat..

Tuan Jiwa - Salam Aidil Adha... Saya tak sabar nak baca buku the Kite Runner sebenarnya.. tapi sekarang sibuk nak kenduri adik- ipar pulak... sampailah 25 Disember nanti... Dan ada interview pula 8/1 nanti..

ummu... Insyaallah late January - 4 bulan lagi? Semoga sabar menanti :)