Friday, 7 September 2007

Teruja



Salam hormat.

Sudah lama saya tidak menjejakkan kaki ke hospital. Kali terakhir, menziarahi saudara di SMC dan sebelum itu, membawa Rujhan berjumpa pakar THT. Jadi, Isnin lalu, apabila saya berpeluang menghantar seorang saudara ke sana, perasaan saya jadi berbaur-baur. Sedikit rindu dan selebihnya teruja. Perasaan yang akan datang setiap kali saya berada di kawasan hospital, sama ada atas sebab tugasan, kursus atau ziarah.

Sehari suntuk saya di hospital, sehingga urusan pada hari tersebut selesai buat sementara waktu. Beberapa sahabat lama yang sudah beberapa tahun tidak bertemu, saya jumpa semula di sana. Ada yang bertugas, menyambung pengajian di peringkat sarjana dan ada yang menjaga ahli keluarga lain yang sakit.

Sebagaimana selalunya, setelah saya pulang dari hospital, saya akan rasakan kesibukan, ketekunan dan keprihatinan warga kerja hospital. Tidaklah bermakna, di dalam hospital itu sempurna, tetapi pergerakan aktiviti yang berlaku di dalam institusi tersebut ibarat susunan koreografi yang indah di mata saya. Bunyi hiruk pikuk manusia di dalamnya, seumpama sebuah dendangan lagu yang telah lama tidak didengari telinga saya. Saya jadi sentimental dengan hospital :) Lebih menghairankan, walaupun saya masih ingat perit getir hari-hari yang dilalui di hospital, saya tidak pernah berasa bosan.

Lalu petanda apakah ini? Adakah saya harus kembali bertugas di sana? Jika kembali ke hospital, saya pasti sibuk dengan tugas atas panggilan dan natijah lain yang bakal menanti. Tetapi, kesibukan itu memberi kepuasan kepada banyak doktor yang masih setia bertugas di hospital-hospital dan akur dengan beban tugas yang menghimpit, kerana tugas menyelamatkan nyawa manusia itu tugas yang mulia. Dengan kesusahan, mereka dianugerahkan banyak kemudahan.

Istikharahlah!

Gambar ehsan: www.medicine.ukm.my

2 comments:

Unknown said...

Salam,

Hm, memang rugi.kita kerugian seorang doktor muslimat di hospital/tmpt rawatan..

tak apelah, kerja2 admin tu leh outsource pd PTD..hehe. ke camana?

saya pun baru je setahun kerja di hospital. memang letih, penat dan mcm2 lagi. tapi itulah harga sebuah pengorbanan. alhamdulillah, suami saya juga doktor, jadi dr segi kefahaman dan tolak ansur tu memang tak dpt dinafikan lagi. tapi, takla bermakna suami yg bukan doktor tak supportive. tengok sahaja contoh ustaz Hasrizal tu!:).

Tapi apapun pilihan akak, saya percaya ada sebab tersendiri. yang kadang2 tak perlu kita terangkan pd org lain...kan.

semoga berjaya. dah buat decision citerla kat blog. walaupun tak kenal, tp seronok juga membaca..inshaAllah leh kenal2 satu hari nanti.:)

Achik_Sufi said...

salam ramadhan n selamat berpuasa...