Saturday, 24 November 2007

Apa Bikin?


Akhirnya... MOH dan saya sempat mengemas rumah hari ini. Terutamanya kotak-kotak yang tak pernah dapat saya sentuh secara serius (kecuali bila nak cari barang) sejak kami berpindah ke rumah tersebut. Kenapa sekarang dan tidak dulu? Oh mudah saja, nanti selepas sebulan berpantang di rumah To' Ibu, saya mungkin perlu selesakan diri di bilik tingkat bawah sahaja. (Err tapi TV di tingkat atas...) Dan seperti yang saya jangkakan, memang banyak 'khazanah' yang tidak berguna daripada yang boleh diguna, maka tong Ro yang tidak jauh dari taman kami menjadi sasaran.

Oh ya, dan Rabu lepas, saya berjaya memujuk MOH untuk menemankan saya membeli barang keperluan bayi. MOH masih lagi sempat bertanya: "Bukan lambat lagi ke?", saya jawab: " Nanti saya dah tak larat." Rasa lama sungguh tak bershopping barangan bayi sampai saya lupa berapa pasang baju yang harus dibeli dan apa lagi yang harus saya sediakan. Walaupun meluncur laman web bayi, ianya tidak banyak membantu saya.

Apabila orang sekeliling bertanya, bila lahirnya? Dengan jawapan saya, ramai yang mengatakan tidak lama lagi. Dan mungkin kerana itu saya sibuk-sibuk membeli barang untuk bayi ini....

Dan saya rasa, kali ini banyak pulalah saya membeli baju-bajunya...alahai!

1 comment:

Chrysalis said...

Terima kasih Ummu kerana meninggalkan pesan..

Utk pengetahuan ummu bermacam-macam kata ganti diri yg boleh digunakan, tidak terhad kepada satu perkataan sahaja, kerana pada saya kepelbagaian akan mengurangkan rasa jemu dan statik... :)

Terima kasih di atas doanya, dan sekarang ini pun sudah rasa semakin berat - "kelemahan di atas kelemahan" (rujuk surah Luqman), maklumlah dah semakin tua.

Ya.. saya lah yang dimaksudkan itu, memang berisi tetapi sejak hamil telah menambah tidak lebih dari 6 kg sahaja... Alhamdulillah saya sihat dan bayi juga berdasarkan scan minggu lalu.

Tentang lelaki atau perempuan saya serahkan kepada Tuhan. Nama lelaki lebih mudah dicari berbanding perempuan... ada cadangan?