Salam pertemuan.
Kami terus ke Restoran setelah solat maghrib. Situasi di dalam restoran ringkas tetapi menarik. Dah datang ke restoran arab, tentulah ada lagu-lagu " Padang pasir" yang MOH pun tak berapa faham maksudnya.
Menu diberi sejurus kami duduk. Saya terpaksa meneliti dua tiga kali sebab syawarma tak tersenarai dalam menu. Di Malaysia lebih dikenali dengan nama kebab kalau tak silap saya. Tapi malam itu, saya menempah sejenis masakan ayam berempah bersama-sama sos kentang. MOH pun sama. Itqan lebih senang dengan sup cendawan dan Rujhan kentang goreng. Pembuka selera kami minta falafel sejenis makanan bergoreng daripada campuran kacang dhal (lentils) yang dibentuk seperti bebola sebesar bola ping-pong, dimakan dengan sedikit 'plain greek style yoghurt' atau 'laban'. Pencuci mulut pula, MOH minta Tiramisu (sejenis kek ringan) dan saya sendiri: Baklava (sejenis manisan Mediterranean) juga ada di dalam masakan Turki, Greek selain Lubnan. Dulu, saya pernah mencuba beberapa kali resepi Baklava ini, cuma semenjak di Malaysia dan dengan harga Filo Pastry yang memang mahal (oh ye dan kerana saya tidak punyai oven juga), saya tidak pernah mencubanya di sini. Mungkin saya boleh cuba bila saya pulang ke rumah Mak. Minuman, Rujhan tersenyum lebar mendapat Jus Strawberi, Itqan dengan Apple-Lime Juice (tetapi ditukar dengan minuman saya kerana rasanya yang sangat masam) dan MOH dan saya memilih Cool Mediterranean yang memang sedap iaitu campuran jus mangga dan beberapa buah-buahan lain.
Apabila makanan dihidang, saya rasa sedikit menyesal kerana portion ayam tersebut sangat banyak. Jika tahu, kami pasti minta satu sahaja. Selebihnya MOH habiskan untuk saya :) Rujhan dan Itqan berebut Sup Cendawan, dan akhirnya kami membuat keputusan menempah semangkuk lagi untuk mereka, tetapi Rujhan suka-suka sahaja makan dengan mencecah kentang goreng ke dalam sup.
Di luar, tiada tanda orang ramai semakin surut. Kelihatan banyak keluarga arab masuk ke restoran tersebut. Walaupun tidak sesak seperti waktu siang, tapi KLCC masih ramai orang. Hadiah untuk hari lahir Rujhan: krayon saiz besar dengan pemegang khas yang saya dapatkan di Times Bookstore.
Sebelum pulang, kami solat Isya' terlebih dahulu di surau yang sama sebelumnya. Mengambil LRT pada jam 10 malam, tidak bermakna kami dapat duduk, malah kami berdiri sehingga ke KL Sentral. Keretapi transit pula lebih lengang pada waktu-waktu begitu. Anak-anak sudah tertidur di pangkuan kami. Mahu tak mahu saya terpaksa mendukung Rujhan ke kereta, dan manakala MOH mendukung Itqan.
Walaupun letih, anak-anak sangat gembira. Mereka masih lagi mengulang-ulang cerita malam itu untuk beberapa hari berikutnya.
Esok, kami harus kerja dan anak-anak harus ke tadika.
Thursday, 9 August 2007
Jangan bosan 2
Ditaip oleh Chrysalis at Thursday, August 09, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
waaa..mcm syok jek kan.. ain jarang le makan masakan arab nih..
roti arab ade la..heheheh.. tingin pulak nak makan bile baca akak nye blog ni
salam..
baru blk jalan2..?
Jalan2 kat KL...
Ain.. pegilah... ada satu lagi restoran arab yang sedap dekat Sri Petaling
apa nama restoren tu?
pernah juga makan makanan arab..tapi tak brp lalu. yg ada ayam2 tu sedapla. beryani dia pon nyum nyum:)
Restoran Bukhara (silk-road cuisine) di KLCC dengan pemandangan ke arah kolam dan water fountain
Post a Comment