Tuesday, 8 May 2007

Sudah Baca Ketika Cinta Bertasbih?


Lupa mahu coret. Hujung minggu lalu, kan saya berkursus. Lalu, pesan pada x-ibnu 'aqil menjadi pengasuh untuk dua hari. Dengan gembira ria, adik saya datang tetapi sebelum itu mahu singgah di Pesta Buku dulu.

Saya juga lupa tulis. Hari Sabtu sebelum ke Kuantan saya dan keluarga ke Pesta Buku. Paling suka dapat bertemu Zaharah. Paling tak suka saat mahu bergaduh dengan seorang penjual buku yang tidak dapat menerima hakikat yang kami tidak mahu beli buku daripada mereka. Mentang-mentang dia nampak saya belikan VCD Raihan Rangers lalu dengan mudah membuat andaian anak-anak saya suka menonton VCD (80% pelajaran set yang dijualnya adalah dalam bentuk VCD) sedangkan di rumah pemain DVD itu pun sudah setahun tidak dipasang. VCD RR itu pun buat anak-anak menonton di rumah mak. Saya kira penjual buku itu sangat desperate mahukan pelanggan. Silap besarnya kerana kami ke sana mahu membeli buku dan mengajar anak-anak sukakan buku. Hanya kerana VCD yang satu, keluarga saya dicop suka menonton VCD. Saya tinggalkan booth itu dengan rasa simpati pada penjualnya. Simpati kerana menggunakan teknik pemasaran yang salah. Tetapi saya tetap berharap ada yang rela membeli.

Sebelum keluar salah satu dewan ada seorang gadis menghulur pamphlet kepada saya. Tentang judul buku di Fajar Ilmu Baru. Saya fikir ada boothnya di situ, tetapi sayangnya tiada.

Apabila saya dengar adik mahu ke KL, saya memesan buku Ketika Cinta Bertasbih karya Kang Abik. Penulis Ayat-Ayat Cinta. Adik kata kakak penjaga toko buku itu pun sedang membacanya. Cuma kakak itu hairan mengapa adik saya tidak membeli buku-buku lain yang telah diterbitkan lama sebelum buku KCB itu seperti Pudarnya Pesona Cleopatra (2004), Di Atas Sajadah Cinta(2004) Ketika Cinta Berbuah Surga (2005) dan Dalam Mihrab Cinta (2007).

Di tangan saya adalah buku Episod 1 yang sudah merupakan cetakan ke -4 bertarikh Mac 2007. Saya telah habiskannya dalam masa satu hari sahaja. Ternanti-nanti episod ke-2. Sebagai ganti saya akan cari buku-buku Kang Abik yang lainnya di FIB.

Tentang buku ini:

Pada saya, ia sebuah cerita yang lebih dekat dengan realiti namun tetap terisi dengan aksi dan suspensnya. Bayangan kota Iskandariah yang menjadi latar pada awal cerita bagai terbayang di hadapan mata. Cinta yang bertasbih pada ombak, pada laut, pada langit, pada awan yang digambarkan tidak putus-putus melantunkan zikir. Cinta sekalian banyak manusia (karekter)dengan keadaan yang berbeza-beza sehingga hampir-hampir sahaja hero cerita iaitu Abdullah Khairul Azzam aka Ir. Azzam tenggelam di tengah-tengah persoalan cinta dan hidup orang lain. Bahagian yang membuat perasaan remuk redam adalah tatkala cinta dikatakan tidak akan pernah menzalimi. Maka, natijahnya adalah Cinta Hakiki. Juga menarik perhatian saya tentang keusahawanan hero cerita dan pengorbanannya terhadap keluarga yang jauh. Tidak lupa segala bentuk makanan dari pelbagai daerah Indonesia yang disebutkan di dalam buku ini.

Saya membaca novel ini yang masih dalam bahasa asli Indonesia. Ada sebahagian perkataan yang tidak saya fahami terpaksa saya buat-buat faham. Kepada yang boleh berbahasa arab, pembacaannya mungkin lebih mudah kerana ada sebahagian perkataannya tidak diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia.

Secara keseluruhan, buku ini saya rekomen untuk dibaca. Kalau tidak begitu faham komentar saya tentang buku ini, elok novel dibaca sendiri kerana saya tidak mahu menghampakan mereka yang tidak mahu tahu tentang hujung pangkal cerita.

Minggu Yang Singkat


Salam Takzim.

Cuti hujung minggu yang panjang tempoh hari kami sekeluarga (baca: keluarga besar) keluar kota dan keluar kampung. Kami bertemu di Kuantan atau lebih tepat lagi di Pantai Balok. Dengan kekuatan rombongan seramai 15 orang yang dengan anggota termuda berumur 2 bulan.

Kami tiba di tempat penginapan jam 12 lebih lagi tetapi tidak diberi masuk. Alasannya kerana belum sempat mengemas bilik yang kami tempah. Di saat akhir adik saya diberitahu chalet yang disuruh simpankan di'renovate'. Sampai di sana ternyata bukannya chalet direnovasi tetapi telah diduduki oleh segerombolan pegawai kerajaan yang menjalankan operasi secara besar-besaran. Wah, menjalankan operasi perlu tinggal di rumah tumpangan?

Anak-anak sudah tidak sabar mahu mandi kolam. Lalu sehingga ke petang, mereka berendam walaupun sudah ramai sekali anak-anak di dalam kolam itu. Saya sempat jenguk pantai kerana mahu meninjau tempat BBQ. Rencananya , malam itu kami akan makan ayam yang To' Ibu marinade sambil menghirup angin pantai. Sebelum maghrib, To' Ayah sudah menyalakan arang sambil dijaga secara bergiliran. Malam yang indah kerana walaupun gelap, tiada nyamuk yang menggigit. Semua orang dapat makan dengan gembira.

Keesokan hari, anak-anak sibuk lagi mahu mandi di kolam. Ditambah dengan sepupu-sepapat mereka yang tidak kurang semangatnya. Selepas itu, kami ke Kemaman. Pusing-pusing baru kami tahu tempat yang mahu dituju rata-rata hanya dibuka selepas jam 2 petang. Kami makan tengahari paling simple sebab di warung itu tiada lauk sayur, semuanya protein belaka.

Pulang petang, ada yang melihat-lihat bandar Kuantan atau alternatifnya merehatkan badan. Sebelah malamnya, kami makan makanan laut di Tanjung Lumpur setelah beberapa kali membuat U-turn kerana salah jalan.

Esoknya, kami berkemas-kemas untuk pulang. Saya dan MOH serta To'Ibu berziarah ke rumah Ude (terima kasih menjamu kami sarapan dan membuat demo buku interaktif), manakala anak-anak bermain di kolam renang. Pulang dan check out jam 12 lebih tengahari, untuk berpisah. To' Ibu ada menyebut untuk ke Cameron Highlands pula selepas ini.

Perjalanan pulang, kami singgah di Temerloh, berziarah kawan sepengajian waktu di Adelaide yang bertugas di Hospital Temerloh. Walaupun post-call, masih ceria melayan kami sekeluarga. Kemudian singgah pula di rumah bapa saudara. Kami sampai semula di KL lebih kurang jam 8 malam. Walaupun meletihkan, melihat anak-anak yang paling gembira lagi pula esok nya masih ada satu hari berbaki untuk kami menghilangkan lelah perjalanan, membuatkan kami ok-ok sahaja.


* * * * *


Hari Jumaat Ust. Hasrizal datang mengisi undangan ceramah di pejabat saya dengan tajuk " Kecemerlangan Menerusi Perubahan Sikap". Terima kasih Daun Keladi Ustaz. Jangan serik ke mari lagi.


* * * *


Sabtu dan Ahad, kami menyertai Kursus Pendidikan Awal Islam di salah sebuah universiti terkemuka negara. Penceramah adalah Dr. Saedah Siraj dan Ust. Zahazan Mohamad. Terlalu banyak yang dipelajari di samping mengingatkan perkara-perkara yang lama sudah tidak dilakukan. Kerja rumah selepas kursus terlalu panjang hendak ditulis termasuk menyediakan jadual untuk anak-anak, mengadakan aktiviti yang pelbagai seperti menulis sendiri cerita untuk anak-anak, membuat kompilasi doa, mencuba-cuba bercerita di hadapan cermin untuk dipersembahkan pada anak-anak dan banyak lagi. Ust. Zahazan sempat berpesan-pesanan bahawa wanita sangat mudah masuk syurga jika melakukan semua tugasan dengan ikhlas dan supaya wanita bekerja seperti saya harus sabar dalam menangani kehidupan seharian dan mengamalkan Tasbih Fatimah selalu. Dr Saedah pula merumuskan, pendidikan awal sangat penting untuk mengelakkan Dendam Rohani yang boleh memberi implikasi berpanjangan pada anak sehingga mereka dewasa. Utama, bagi pasangan suami isteri bersepakat dan tidak bercanggah di hadapan anak-anak dalam cara mendidik. Kalau ada yang tidak berpuashati dengan cara pasangan, mesti diselesaikan di belakang anak-anak supaya anak-anak berasa ibubapa mereka hampir sempurna.


Sekian laporan saya :)

Thursday, 26 April 2007

Pertemuan Lewat Buku



Dia datang untuk menyelesaikan pengajian sarjana.
Simpulan bertaut kerana dia salah seorang penghuni bangunan tempat tinggal saya.
Lewat buku, kami terus akrab.
Tentu tak dilupa laksa perlis, kuih-muih dan hari-hari Ahad yang dilalui dengan asap barbeku berkepul-kepul di halaman rumah.
Sebelum dinihari, MOH akan ke tempat kerja, dan suaminya baru sahaja pulang dalam jam yang sama.
Maghrib dan Isya' yang saling bergiliran mengutuhkan ikatan.
Dan malam ini kami akan bertemu lagi, dalam suasana yang berbeza.
Pertemuan lewat buku Pathology, Biochemistry dan nota-nota bersilih ganti.
Sekali lagi kami akan berkampung... tapi kini di halaman sendiri.

Gambar: Antara Profesor kegemaran saya. Beliau mengajar PBL dan patologi dan menekankan kepentingan belajar dan mencari penyelesaian masalah (baca: diagnosis) hingga ke akar umbi. Dan sebaik-baik pelajaran perubatan adalah mengingat semua pesakit yang telah kita temui.

Tuesday, 24 April 2007

Blackcurrant vs Blueberry



Blackcurrant
From Wikipedia, the free encyclopedia

Scientific classification
Kingdom:
Plantae
Division:
Magnoliophyta
Class:
Magnoliopsida
Order:
Saxifragales
Family:
Grossulariaceae
Genus:
Ribes
Species:
R. nigrum
Binomial name
Ribes nigrumL.

The Blackcurrant (Ribes nigrum) is a species of currant native to central and northern Europe and northern Asia.
It is a small shrub growing to 1-2 m tall. The leaves are alternate, simple, 4-9 cm long and broad, and palmately lobed with five lobes, with a serrated margin. The flowers are 4-6 mm diameter, with five reddish-green to brownish petals; they are produced in racemes 5-10 cm long. The fruit is an edible berry 1 cm diameter, very dark purple in colour, almost black, with a glossy skin and a persistent calyx at the apex, and containing several seeds.
Plants from Asia are sometimes distinguished as a separate variety Ribes nigrum var. sibiricum, or even as a distinct species Ribes cyathiforme. (Foto terima kasih www.upc.net.ua)

Dari spesies datang nama Ribena yang telah disaman di NZ kerana terbukti minuman itu tidak mengandungi Vitamin C seperti yang dihebohkan di dalam iklan-iklannya! Kajian tersebut khabarnya telah dilakukan oleh dua pelajar sekolah untuk Projek Sains mereka.




Blueberry pula...
Blueberries are a group of flowering plants in the genus Vaccinium, sect. Cyanococcus. The species are native to North America and eastern Asia. They are shrubs varying in size from 10 cm tall to 4 m tall; the smaller species are known as "lowbush blueberries", and the larger species as "highbush blueberries". The leaves can be either deciduous or evergreen, ovate to lanceolate, and from 1-8 cm long and 0.5-3.5 cm broad. The flowers are bell-shaped, white, pale pink or red, sometimes tinged greenish.

The fruit is a berry 5-16 mm diameter with a flared "crown" at the end; they are pale greenish at first, then reddish-purple, and finally turn blue or dark purple on ripening. They have a sweet taste when mature, with variable acidity. The blueberry season typically runs from May to October, peaking in July. (Terima kasih untuk foto: www.factropolis.com)
Entri ini untuk Bayu Senja yang bertanyakan perbezaan buah-buah di atas.

Saturday, 21 April 2007

Egg Matters


Hari ini, duduk di rumah mak mertua, entah bagaimana terjumpa sebuah buku bertajuk " A Miscellany of Cooks' Wisdom" yang antara lainnya membongkar rahsia tukang masak yang menulis dan merekod apa sahaja tentang masakan mereka. Buku ini menghimpun tips, petua dan cara memilih bahan yang terbaik daripada rekod-rekod atau tulisan terdahulu seawal tahun 1655!

Di sini, saya salinkan bahagian yang menarik perhatian saya, iaitu cara mengetahui kesegaran telur.

1. The Water Test

Lower an egg into a bowl of water. If it lies on its side, it is quite fresh, but if it stands on its end, it is less fresh. If it floats to the top, it is stale and you should throw it away.

Nanti saya sambung lagi pasal cara yang lain jika berkesempatan.

Himpunan rekod oleh Diana Craig, 1992, Harpo-Collins yang saya terima sebagai hadiah sempena kelahiran Itqan oleh Cik Nin.

Dinihari

Semalam saya terpaksa lupakan niat saya untuk menulis kerana banyak perkara yang perlu diselesaikan.

Semalam juga saya pening dan hampir jatuh, alhamdulillah Allah jaga saya waktu menuruni eskalator dari tingkat 5 ke tingkat 2.

Semalam pusing kepala yang teruk menyebabkan saya mempengerusikan mesyuarat dengan perantaraan orang lain dan dengan kepala tersandar di kerusi.

Itu semalam. Sebetulnya saya mahu menulis tantang perkara lain, tapi ini yang ditaip. Hmm...


Pagi ini jam 4 Itqan mahu air blackcurrant, letak ais.. dan mahu tidur dengan ummi.. kemudian bangun lagi mahukan air sejuk dan merengek kerana ummi mengadap komputer sedang Itqan baring sekejap bangun sekejap dan kata "Tak selesa", dan Itqan setia meneman saya mengadap pc ini sehingga dia tidur semula di bahu saya (macam ketika umurnya kurang setahun dulu tetapi sekarang dia sudah lebih separuh tinggi saya dan kira-kira 16 kg lebih berat dari dulu).


Kemudian, Rujhan bangun pada jam 4.40 pagi dan minta saya buatkan susu, kemudian tak jumpa botol susu lalu saya offer air blackcurrant padanya. Rujhan mahu cawan gajah dan saya tak jumpa cawan itu. Lalu saya bagi dia cawan biasa, dan ternampak pula cawan gajah di para atas kepala. Dan terjumpa botol susu, dan saya buatkan susu dan dia masuk semula ke dalam bilik. Tapi pada jam 5 pagi, Rujhan masih di sini terlentok di bahu saya, memerhatikan ummi menulis entah apa-apa.

Esok Ulangtahun Perkahwinan saya.

Dinner di mana?

Thursday, 19 April 2007

DEAR DOCTOR


At times when I am at the cross road between being a doctor and somebody else, this kind of poems really helps lifting up my spirit. To all Doctors out there...

DEAR DOCTOR

It's true I do not walk the road you tread most every day…
Nor know how stress must weigh upon your spirit on the way.
For patients come to seek your care and look to you for hope.
While families seek most desperately to find a way to cope.

We ask that you just listen as we speak of hopes and fears.
Some will show amazing courage, while others fight back tears.
And it must be quite difficult to determine each one's needs...
For though some want every detail, others simply seek your lead.

And, too, it must be humbling to look in desperate eyes…
Of those who turn to you for hope which cancer would deny.
But whether we are cured or not, we simply want to say…
"We're grateful for the care and skills, You offer us today."

But even more importantly… Your compassion helps heal our soul.
So, together, we will do our best to make the body whole.
Dear Doctor, we are grateful, for you gently help us cope.
While guiding us to paths ahead which lead to trust and hope!

© 2006 ~ Linda Mae Richardson

p/s U should check out their butterflies too!