Wednesday 31 January 2007

Kepada Siapa Kita Mengadu?

"Ya Allah, sesungguhnya aku hamba-Mu, nasibku di tangan-Mu, berlaku pada semua hukum-Mu, adil padaku semua keputusan-Mu, aku mohon kepada-Mu dengan semua nama yang Engkau namakan untuk Zat-Mu, atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau Engkau simpan dalam ilmu ghaib yang ada pada-Mu, semoga Engkau jadikan Quran sebagai penghibur hatiku dan penerang dadaku, dan melapangkan kesusahanku, dan menghindarkan kerisauanku. Maka nescaya Allah akan menghilangkan duka cita dan diganti dengan kelapangan dan KEGEMBIRAAN."

Tuesday 30 January 2007

Hal Mempersiap Diri


Kata Imam Hassan al-Banna " Orang yang tidak mempunyai sesuatu tidak akan dapat memberi sesuatu."

Monday 29 January 2007

Harga Sepasang Kasut III

Sedikit perkongsian ilmu tentang hal memperindah penampilan yang dipetik daripada buku Bagaimana Menyentuh Hati - Abbas As-Siisiy.

Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata bahawa ada seorang lelaki tampan yang datang kepada Rasulullah saw lalu berkata: " Ya Rasulullah, sesungguhnya saya adalah orang yang suka keindahan dan saya telah diberi oleh Allah keindahan itu, seperti yang engkau saksikan, sampai saya tidak suka jika ada orang yang melebihi saya meskipun hanya berupa selipar. Apakah ini termasuk sifat sombong?" Rasulullah menjawab, " Tidak, sesungguhnya yang dimaksud dengan sifat sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain."

Sebentuk Cincin Semanis Puan


Menelusuri jalan pulang ke rumah mertua dari program bersama adik-adik Adelaide, saya melihat banyak bunga manggar terpacak di tepi-tepi jalan. Banyaknya orang kahwin. Walaupun sekarang bukan musim cuti sekolah.

Sebelum itu saya terlihat sebentuk cincin di jari manis salah seorang daripada junior saya. Cincin pertunangan agaknya, fikir saya dalam hati. Tetapi saya tidak membuka mulut bertanyakan apa-apa. Cukuplah saya doakan semoga segera mendirikan rumahtangga. Khabarnya, ada seorang lagi junior yang akan bernikah pada bulan Mei nanti. Terbayang-bayang wajah mereka sewaktu mula-mula sampai dulu. Dan kini, mereka akan menempuh fasa baru pula dalam hidup mereka.

Sebelum tirai Januari berlabuh, saya teringat yang saya terlupa mengucap selamat pada ibu dan ayah serta kakak dan abang ipar yang masing-masing menyambut hari ulangtahun perkahwinan pada bulan ini. Semoga semuanya semakin barokah.
Nanti jika berkesempatan saya akan menulis tentang pengisian program hujung minggu lalu.

Friday 26 January 2007

Dari Kematian, Kita Pelajari Makna Kehidupan...

Alhamdulillah, beberapa waktu lepas saya mendapat berita yang menggembirakan saya. Tidak lama lagi saya bakal menerima anak saudara baru. Sebagai seorang kakak dan ibu, saya dapat merasakan kegirangan yang bernyanyi dalam hati adik saya. Mungkin atas sebab yang sama, ternyata saya masih ingat kenangan pertama kali hamil. Kenangan itu biar saya simpan dan kongsikan dengan menantu saya sahaja nanti :). Jangan pula menyangka saya tidak ingatkan kehamilan kedua, kerana ternyata ia sama hebat dan tidak sedikit pula cabarannya!

Pelbagai soalan yang telah ditanyakan pada saya (mungkin kerana saya seorang doktor), kerana beberapa waktu yang lampau adik saya sudah mengalami sedikit sebanyak perubahan pada diri, cuma tidak dapat dipastikan apakah ia. Runsing bunyi suaranya setiap kali dia menelefon bertanya tentang masalah kesihatan yang dihadapi. Tetapi, jauh di hujung fikiran saya, terdetik dan sudah pun saya nyatakan "Ntah-ntah awak pregnant tak?", yang disambut dengan deraian ketawa kecil kami. Soalan-soalannya berkisar tentang pemakanan, penjagaan kesihatan secara amnya, petua-petua (walaupun saya selalunya orang yang paling susah mengikut petua), dan berlarutan sehingga bercerita tentang kelucuan yang menyelubungi kehamilan ini. Maklumlah, banyak perkara-perkara merbahaya yang telah dilakukan akibat tidak sedar yang dia sebenarnya telah mengandung.

Sungguh indah perasaan itu. Walaupun sebahagian besarnya tidak diluah, cukuplah suara "senyuman" mengungkap segalanya.

Untuk adik, saya doakan kehamilannya adalah kehamilan yang sentiasa diisi dengan keindahan dan kebaikan.

Selamat menjadi ibu hai adikku...!

* * * * *

Hari ini, saya menjenguk-jenguk deretan majalah di kedai comel di tingkat bawah bangunan pejabat saya. Setiap hari saya pasti mengerling ke arah majalah-majalah itu, tetapi oleh kerana saya tidak begitu berminat dengan majalah wanita (kecuali satu), atau majalah hiburan atau majalah kereta (yang majoriti saya beli untuk MOH), maka seperti selalunya kerlingan itu tidak memberi apa-apa makna. Tetapi hari ini, sebuah majalah telah saya beli hanya kerana "8 Kediaman Sempit Sensasi", dengan gambar lataran ruang tamu sebuah kediaman. Saya hampir lupa bilakah kali terakhir saya membeli majalah seumpama itu, rata-ratanya kerana isu utama seperti dapur mewah atau bagaimana menata bilik mandi tidaklah begitu menarik perhatian saya.

Seperti kasut, saya sukakan yang praktikal (dengan beberapa pengecualian terpencil). Kepada sesiapa yang pernah bertandang ke rumah saya, tentu pelik mengapa saya terpanggil meneliti isu rumah sempit. Rumah kontrakan saya sekarang adalah teres dua tingkat yang luas. Cukup untuk anak-anak saya bermain kejar-kejar dan bermain badminton. Tetapi, sudah namanya pun rumah sewa, maka tiadalah apa-apa yang istimewa di dalamnya. Sekadar satu set tempat lepak merangkap tempat letak beg anak-anak pulang sekolah, tanpa meja kopi yang dah berkurun hendak membeli tapi sampai ke saat ini belum kesampaian, kemudian satu meja makan bulat 4 tempat duduk yang kami perolehi secara percuma daripada pejabat adik ipar yang berniat melupuskannya dan kerusi plastik ihsan ibu mertua. Tak lupa 2 rak buku comel adik saya yang ditinggalkan sementelahan dia berkelana di Pakistan. Esok lusa akan kembali semula kepadanya.

Kalau ditanya apakah konsep rumah yang paling sesuai dengan jiwa saya, tentulah pantas saya akan menjawab - "Minimalist". MOH pula gemarkan warna-warna gelap, (konsep maskulin?) jadi setakat ini perabot kami hanya sekadar bertona coklat atau perang terang. Kami sukakan kayu dan kerana itu doakan rumah kami tiada anai-anai. Ada satu kerusi plastik warna hijau pucuk pisang yang saya dapatkan kerana mempunyai dua tempat duduk satu untuk dewasa dan satu untuk anak kecil. Mudah untuk saya melayan mereka membaca atau menonton "Pocoyo". Memandangkan ianya plastik, maka ia mudah dilap dan dibersihkan jika dicomoti coklat dan keringat. Tempat duduknya dari jenis kusyen yang boleh dicuci jika kotor.


Gambar ihsan Tinta Creative Sdn Bhd.

Maka, apa pula kaitan pembelian majalah itu dengan konsep rumah saya? Hanya Allah, saya dan MOH yang mengetahui jawapannya.

Tuesday 23 January 2007

Tahun Hijrah 1428

Hampir kesemua blog yang saya lawati mempunyai komentar tentang tahun baru hijrah. Saya tidak berniat hendak menulis tentang azam pada tahun ini. Saya cuma berasa gembira kerana ada sedikit perubahan yang berlaku semenjak tahun baru hijrah 1428. Semoga ianya menjana lebih kebaikan dan mengundang rahmat Tuhan.

* * * * *

Saya berpeluang bertemu adik-adik yang sedang belajar dan akan menyambung pelajaran di Aus-NZ di dalam program Semai Mesra anjuran AUSIS. Program yang sangat bermanfaat menyediakan adik-adik yang bakal ke sana dengan kata-kata semangat dan nasihat, juga mengingatkan adik-adik (dan kakak-kakak serta abang-abang) tentang tugas dan tanggungjawab sebenar manusia. Seronok berkenalan dan berukhuwwah. Melebar jaringan dan meluas silaturrahim.

* * * * *

Dua hari lalu saya berpeluang menyambut kepulangan ayah dan ibu saya yang selamat menunaikan haji tahun lalu. Rasanya dalam ramai-ramai orang sayalah paling teruja melalui proses sejak mendapat tahu ibu dan ayah dapat menunaikan fardhu haji buat kali kedua. Kali pertama ke sana, saya masih di sekolah menengah. Tidak dapat menghantar mereka ke lapangan terbang pun. Umur adik bongsu saya ketika itu baru sebelas bulan. Tetapi kali ini, adik saya sudah pun berumur 15 tahun. Sungguh masa berlalu.

Saya diberi ibu bermacam-macam hadiah. Tetapi yang paling istimewa adalah al-Quran kecil yang ibu gunakan sepanjang masa beribadah sebagai tetamu ALlah. Saya berharap dapat meneruskan ibadah ibu dengan al-Quran kecil itu.

* * * * *

Azam saya di tahun 1428 ini? Sama sahaja seperti tahun-tahun yang lalu. Menang atau syahid di jalan Allah. Selagi khilafah Islamiyah tidak tertegak semula di muka bumi ini, selagi itu azam itu tidak akan berubah. Sepertimana Saiful Islam(entri tidak dapat dikesan semula) saya kira ramai yang mahu menang, tetapi jika kemenangan bukan takdir saya semasa hidup maka syahid harapan saya dapat berperanan meniup semangat berjuang serta mengatur gerak kerja pada yang lain. Susur galur amal yang menentukan arah azam. Teriakan dan tindakan saya.

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.{Ali-Imran 3:169}"

* * * * *

Kami sedari jalan ini kan penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kezaliman yang akan kami hadapi
Kemi rela dan jua serahkan dengan tekad di hati
Jasad ini, darah ini seperlu redho Ilahi

Kami adalah panah-panah terbujur
Yang siap dilepaskan dari busur
Tuju sasaran
Siapa pun pemanahnya

Kami adalah pedang-pedang terhunus
Yang siap terayun menebas musuh
Tiada peduli siapa pun pemegangnya
Asalkan ikhlas di hati hanya redha Ilahi Rabbi

Kami adalah tombak-tombak tercacak
Yang siap dilontarkan dan menghujam
Menembus dada hentakkan keangkuhan

Kami adalah butir-butir peluru
Yang siap ditembakkan dan melaju
Dan mengoyak, melubang kezaliman
Asalkan ikhlas di hati, jumpa wajah Ilahi Rabbi

Kami adalah mata pena yang tajam
Yang siap menuliskan kebenaran
Tanpa ragu ungkapkan keadilan

Kami pisau belati yang selalu tajam
Bak kesabaran yang tak pernah padam
Mengharungi dakwah ini jalan panjang
Asalkan ikhlas di hati menuju Jannah Ilahi Rabbi

-Shoutul Harokah-
(pohon maaf sekiranya ada perkataan yang salah dengar)

* * * * *

Pada Kem Semai Mesra yang lalu, ada ditayangkan video nasyid berlatarbelakangkan kematian. Kematian mengejut seorang pemain bolasepak luar negara di atas padang.

Saya insaf.

Saya yakin ramai lagi sahabat-sahabat lain yang insaf. Ada seorang adik memberitahu, dia tidak suka mendengar nasyid itu lagi setelah pertama kali menontonnya. Menakutkan. Apa lagi dengan visual kisah benar tersebut.

Serius saya mengingat video itu sungguh-sungguh. Memegang realiti kematian kejap-kejap.

Kerana itulah hakikat.. nafas ini makin singkat. Memandangkan semua manusia pun akan mati, mengapa tidak saya pilih jalan terbaik melaluinya.

Itulah azam saya.

Terima kasih Jiwa Rasa yang menyumbang kepada entri ini dan aie utk cd Shoutul Harokah.

Friday 19 January 2007

Ingat-ingat

Menjenguk blog Ummu Amiir hari ini.

"Jangan ucapkan Selamat Tinggal
Ucapkanlah Hingga Kita ketemu Lagi
Walaupun ianya tidak akan lagi di bumi Tuhan
Mudah-mudahan Bertemu kita di Syurga-Nya nanti"

Kami hanya pernah bertemu sekali di alam nyata. Selebihnya di alam maya. Doa saya semoga kami bertemu lagi di Jannah abadi.

Solace


Pic thanks to http://www.forge22.com


Say:" O 'Ibadi (My slaves) who have trangressed against themselves (by committing evil deeds and sins)! Despair not of the Mercy of Allah, verily Allah forgives all sins. Truly, He is Oft-Forgiving, Most Merciful." (az-Zumar:53)


(n 1 comfort in misery or disappointment. 2 something that gives comfort or consolation. vb 3 to give comfort or cheer to (a person) in time of sorrow or distress [Old French solas])Collins Compact Dictionary 21st Edition,2003

Sojourn


n 1 A short stay in a place
v 2 to stay temporarily
[from old French sojorner]
- Collins Compact Dictionary 21st Edition,2003-

"And this life of the world is only amusement and play! Verily, the home of the Hereafter, - that is the life indeed, if they but knew." (al-Ankabuut:64)



pic thanks to futurefisherman.org

Hobi Baru

"23 years old, Chinese-Korean, in an accident she loses her ability to speak. But this didn't bring complete misery, but instead it helped her to better understand how to use her heart to listen to and understand others. She didn't give up because of her mishaps and you can't see the inferiorities of disabled people in her. She substituted it with honesty and optimism. Though she can't speak, but the "love" in her heart is more intense than anyone else."

Ini hobi baru saya.

Kalau baca entri Tuan Tanah baru-baru ini tentang imaginasi, langsung bersangkutan dengannya. Saya tak mahu berkata apa-apa.

Tidak berkata apa-apa tidak bermakna tiada apa yang hendak diperkatakan. Sebetulnya dalam hati saya ada banyak kata-kata. Tetapi biarlah ia tinggal dalam hati sahaja. Atas sebab yang sama, tidur saya terganggu semalaman. Seolah-olah saya tidak berhenti berkata-kata dalam mimpi.

Saya mahu merasa dengan hati: buat mendengar dan memahami manusia lain.Maafkan saya, kalau ada perkataan yang menyinggung sesiapa.

"Bicara kita adalah bicara sufi, tanpa suara dan kata-kata. Kerana penghubung kita adalah suara hati." -Suara Hati-

O Allah, please help me to listen more and talk less.

Harga Sepasang Kasut II

Pic thanks to generalshoes.co.uk

Tidak sangka saya akan menulis entri mengenai kasut lagi. Semuanya kerana kasut yang saya pakai telah tercabut 1/3 daripada tapak di bahagian tumit. Bulan lepas telah saya gamkan tetapi masih tercabut juga. "Agaknya nak kena beli baru," kata rakan saya.

Kasut ini telah berumur hampir 4 tahun. Berwarna hitam, dengan tapak getah. Jenis kasut yang boleh "dibawa masuk mahkamah" (court shoe), mudah diganding apa sahaja pakaian dalam majlis formal atau separa formal. Tidak berbunyi bila melangkah, dan boleh dibawa berlari kalau ada kecemasan. Kasut yang selesa dalam ertikata lainnya.

Bukan saya tidak mahu membeli yang baru. Sudah ada beberapa pasang yang saya beli buat persediaan menggantikannya. Tapi tak sama. Tak seselesa yang ini. Masalahnya bila membeli tidak pula dibeli yang berwarna hitam, kerana teringat kasut yang sepasang ini. Membazir kalau ada sepasang lagi kasut dari warna yang sama. Bila beli warna lain, coklat, kelabu dan merah jambu pula (taste anak sulung saya), hanya boleh dipakai pada majlis tertentu dan dengan pakaian tertentu sahaja. Sudahnya kasut ini jugalah yang disarung. Walaupun tapaknya dah 1/3 tertanggal. Tapi saya tak risau, saya akan minta tukang kasut betulkan semula dan saya akan dapat memakainya dengan hati yang berbunga-bunga.

* * * * *

"Betul ke?" tanya MOH minta kepastian. Saya menjawab " Itu yang dibaca, tak taulah sejauh mana kebenarannya". Pertanyaan MOH tu berkenaan dengan cerita saya. Cerita saiz kasut dikaitkan dengan IQ manusia. Dari pembacaan dikatakan, lebih besar saiz kasut, lebih tinggi IQ seseorang tu. Susah nak percaya, sebab bagi negara-negara yang rakyat memang besar tinggi (besar pula saiz kasutnya); takkanlah tidak ada si pemakai yang berIQ rendah? Saya tersenyum bila teringat tentang apa yang dibaca ini. Macam-macam cara manusia hendak membuktikan teori "kehebatan bangsa kelas pertama". Fikir saya, itu sahaja agenda di sebalik cerita saiz kasut dan IQ.
Sejak pulang ke Malaysia, saiz kasut saya bertambah. Adakah bermakna IQ saya pun bertambah? Kalau tanya pada MOH, dah boleh baca apa yang akan dia jawab. Lucu pula mengingatkannya!

* * * * *

Telah saya gam kasut ini dengan gam UHU buat sementara. Gembiranya saya.

MOH: My Other Half bukan Ministry of Health; majikan saya.[Teringat sahabat yg suka benar guna kalimah2 pintas dalam text msgnya :)]

Thursday 18 January 2007

Sayang Tanpa Syarat


Sayang tanpa syarat. Dalam bahasa penjajah: "unconditional love". Mudah disebut tapi payah diolah maksudnya. Apatah lagi merasakannya; atau lebih tepat melakukannya.

Tahukah kita, sayang dalam bahasa membawa maksud kata nama dan juga kata kerja? Entri ini bukan untuk mengklasifikasikan tatabahasa. Saya bermaksud untuk kita melihat dengan ringkas maksud sayang tanpa syarat.

Apa itu sayang tanpa syarat (selepas ini ditulis sebagai STS). Bermaksud, sayang yg tidak mengenakan apa-apa syarat. Bukan bermakna menyayangi sehingga boleh melakukan apa sahaja sehingga melanggar hukum Tuhan. Sayang yang berlaku kadangkala sebelah pihak, kadangkala berbalas, selalunya tidak. Sayang yang bukan bertujuan untuk mendapat timbal balik. Namun pemiliknya rasa puas kerana dapat menghulurkan perasaan itu.

Sebagai contoh: sayang ibu ayah pada anak-anaknya. Tiada apa pun di dalam dunia ni membolehkan kita membalas sayang dan segala jasa mereka. Walau dikumpul seluruh dunia dan isinya. Tidak akan dapat mengganti kesukaran ibu sewaktu hamil: menghilangkan rasa tekak yang loya, menyejukkan badan yang sering saja panas kerana perubahan hormon, menanggung berat yang semakin bertambah, melelapkan mata yang hanya dapat tidur-tidur ayam, apa lagi menghilangkan kesakitan tatkala melahirkan, mengganti darah yang tumpah dan kemudian susah payah membesar dan mendidik anak-anak. Itulah contoh mudah STS. Contoh yang paling dekat dengan kita kerana kita semua ada ibu ayah.

Contoh teragung tentunya pada uswah hasanah, Rasulullah teladan kita. Di saat memulai mengajar tauhid, baginda melakukan dengan STS. Dakwah baginda bukan diukur dengan imbalan sejumlah pengikut sabiqul-awwalun. Tidak mengeluh dan berputus asa ketika dihina, disakiti, dipulau, dihalau, diperangi, di saat pedih atau ketika di puncak tertinggi Fathul Makkah. Itulah sebaik-baik contoh yang wajar diikuti yang pada saat sakaratnya pun mengingat "Ummati, ummati..."

Lalu, sayang kita bukan pada kata nama. Sayang kita adalah kata kerja. Selari syara', insyaallah akan turun rahmat Allah pada mereka yang berkasih sayang, walaupun pada sayang tanpa syarat dan balas isyarat . Moga kita menjadi antara golongan yang mendapat syafaat di hari hiruk-pikuk kelak.


* * * * *

Malu rasanya menyatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Kupujuk jua hati dan jiwa
Melafazkan hasrat cinta membara
Di dalam pujian ucapan salawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya kuturuti ajarannya
Apa terdaya kuamalkan sunnahnya
Di dalam dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerna budinya aku jatuh cinta
Rinduku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga

Sesungguhnya apa yang kudambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah.

-Hijjaz-

Wednesday 17 January 2007

Harga Sepasang Kasut

(Gambar ihsan www.womens-fashion-boots-shoes.com)

Bolehkah seseorang dinilai melalui kasutnya?

Pernah saya terdengar di dalam satu ceramah oleh DMFK bahawa seseorang boleh dinilai berdasarkan kasutnya. Pada awalnya saya tidak begitu faham, tetapi lama kelamaan terasa kebenarannya. Dulu waktu di sekolah sering sahaja guru mengingatkan saya " Kalau tengok kamu dari atas dah elok dah pakaiannya, sampai kat kaki pakai sandal aje?" Selalunya saya hanya tersenyum sumbing. Dengan kedegilan saya, tak siapa akan tahu kenapa fesyen saya sering begitu-begitu. Dan tentu sahaja topik sandal bukan topik kegemaran saya, tetapi mengapa entri ini mesti ditulis?

Semenjak mendapat ilmu menilai manusia melalui kasut, saya pun memulakan eksperimen. Pemerhatian dibuat bukan sahaja pada jenis kasut, jenama atau warna, malah cara kasut dipakai dan tak lupa; rupa kasut sewaktu digunakan (rupa si pemakai tak masuk dalam senarai). Itu belum lagi perihal melihat kehausan tapaknya, atau kekilatan kasut yang dijaga rapi. Wah, banyak sungguh yang boleh dipelajari hanya dari sepasang kasut!

Saya tidaklah bercadang hendak menulis artikel berkenaan ilmu psikologi si pemakai kasut/sandal/selipar. Cukuplah pemerhatian saya itu, saya fahami sendiri. Saya cuma tertarik melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza, itu sahaja. Sebagaimana yang sibuk diwar-warkan dalam akhbar hari ni "Berfikir di Luar Kotak".

Saya bukanlah pemikir yang baik (kerana sering pening dan pusing bila membaca artikel yang memerlukan tadabbur yang mendalam). Tetapi saya gemar memerhati dan menyingkap yang tersirat di sebalik pemerhatian saya. Mungkin kerana penangan soalan lisan BM waktu SPM dulu. Oleh kerana itu, pernah suatu dekad lampau saya bertabiat gemar memandang ke atas untuk melihat bangunan dari perspektif yang berbeza, dalam perjalanan menaiki "limo" TransA ke kuliah. Macam-macam yang boleh dilihat jika kita mencuba pandang ke atas. Tetapi sekarang, sudah memandu sendiri ke pejabat, tak merasa nak pandang ke atas lagi. Tambahan pula di kawasan ini, bangunan pun tidak banyak untuk dipandang.

Oh ya, jika kasut mempunyai nilai psikologi yang tersendiri dalam menilai personaliti, tahukah anda Kementerian Pelajaran meletakkan syarat tertentu untuk pemakaian kasut guru, khasnya untuk cikgi-cikgi?

Pada yang bertanya, kasut yang saya pakai hari ini berharga RM29.95 sahaja yang boleh anda dapatkan di Viss, Alamanda Putrajaya :)

Monday 15 January 2007

Technology That Brings People Together


2 days ago my other half was talking something about Apple iPhone.
We were discussing about getting a laptop and exchanged remarks about O2 PDA.
Next on the list was that I should learn arabic to understand Quran. And that we have a potential candidate for someone to take care of our son in Damascus.
Today, I knew that the college next door offers a diploma in Human Development. Prior to that, I was told to learn French by my boss.
In between the iPhone and learning French - I'm happy that my other half is always there for me to pour my heart out. Thanks...

GLC

Berpinau-pinau (bhs org Melaka) mata mencari maklumat tentang Government Linked Companies (GLC). Apa kaitan GLC dengan kami? Sebab musabab bukanlah kerana kami ini kroni. Apatah lagi mempunyai sejumlah besar saham kerana pemunya saham-saham berkenaan tentulah kerajaan. Apa sahaja kaitannya, tidak perlu dijelaskan di sini.

Cuma yang nak dikongsi bersama adalah senarai pendek syarikat yang digelar GLC.

Khazanah Nasional Portfolio Companies

AIC Microelectronics Sdn Bhd http://www.aic.com.my/
AIC Technology Sdn Bhd http://www.aic.com.my/
Astro All Asia Networks plc http://www.astro.com.my/
Bank Muamalat Malaysia Bhd http://www.muamalat.com.my/
Cement Industries of Malaysia Bhd http://www.cima.com.my/
Commerce Asset-Holdings Bhd http://www.commerz.com.my/
Crystal Clear Technology Sdn Bhd http://www.cct.com.my/
DRB-Hicom Bhd http://www.drb-hicom.com/
Edaran Otomobil Nasional Bhd http://www.eon.com.my/
EON Capital Bhd http://www.eonbank.com.my/
Faber Group Bhd http://www.fabergroup.com.my/
Ho Hup Construction Company Bhd http://www.hohup.net/
Opus International Group plc http://www.opusplc.com/
Malayan Banking Bhd http://www.maybank2u.com/
Malaysian Airline System Bhd http://www.malaysiaairlines.com/
Malaysia Airports Holdings Airport http://www.klia.com.my/
Malaysian International Shipping Corporation Bhd http://www.misc-bhd.com/
Malaysian Technology Development Corporation Sdn Bhd http://www.mtdc.com.my/
Maxis Communications Bhd http://www.maxis.com.my/
Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd http://www.modenas.com.my/
MSC Venture One Sdn Bhd www.mscvc.com.my/ideas/
Parkmay Bhd http://www.parkmayberhad.com/
Pharmaniaga Bhd http://www.pharmaniaga.com/
PLUS Expressways Bhd http://www.plus.com.my/
Proton Holdings Bhd http://www.proton.com/
Putrajaya Holdings Sdn Bhd http://www.pjh.com.my/
RHB Bank Bhd http://www.rhbbank.com.my/
Silterra Malaysia Sdn Bhd http://www.silterra.com/
Tenaga Nasional Bhd http://www.tnb.com.my/
Telekom Malaysia Bhd http://www.telekom.com.my/
The Royal Mint Exchange Sdn Bhd http://www.theroyalmint.net/
Time dotCom Bhdhttp://www.time.com.my/
Time Engineering Bhd http://www.timengineering.com/
UDA Holdings Bhd http://www.udaholdings.com.my/
UEM World Bhd http://www.uemworld.com/
Westport Holdings Sdn Bhd http://www.westportmalaysia.com.my/

Yang lain-lain termasuk:
BIMB, Maybank, Sime Darby, TM, CIMB Group, Golden Hope, Guthrie, Petronas dan rasanya tentu ada lagi.

Apa lagi syarikat GLC?
Tidak larat menaipnya, apa kata lihat di sini.
Kalau ada yang lain, titipkan sahaja di ruangan komentar (T/kasih daun keladi)

* * * * *
Tenang-tenang menyenarai syarikat GLC sambil menghirup teh pic. Indahnya dunia dengan teh buah-buahan!

Tak Tahu Nak Kata Apa...


Lewat petang semalam saya menerima teks ini. Pengirimnya jiran lama sewaktu tinggal sebangunan. Kawan menjual nasi lemak.

"Salam. ingat x DRB lecturer DPS kita masa 1st yr dulu. dia dah meninggal friday lepas - terjun dr parking lot pagi2 haritu."
Terkedu saya membacanya. Tak terkata apa...
Beberapa bulan lepas sudah juga dimaklumkan kepada saya yang 2nd boss nya dijumpai tergantung di rumah. Menjadi bual berita masyarakat di sana . Tambahan yang melakukan bukan peminta sedekah tidak berumah. Mereka ini orang cerdik pandai yang diakui hebat taraf pemikiran. Mereka contoh yang baik pada rakan sekerja. Mereka punya ramai kenalan. Tentu mereka punya cukup tempat mengadu nasib, melepaskan jerih dalam kerjaya dan masalah lainnya. Benarkah itu semua menjamin manusia bahagia?

Yang nyata jiwa mereka pasti kosong.
( Lainlah kalau tiba-tiba sahaja ada yang memberitahu mereka telah disahkan mempunyai "mental disorder". Mungkin ada suara yang menyuruh mereka mengambil tindakan nekad itu.)

Lalu kata sahabat/jiran saya,
" dah berjaya gitu pun x hepi. x berkat kot. nauzubillah."

Dan beberapa minggu lepas terdengar di radio IKIM.fm, seorg pelajar berumur 12 thn menggantung diri kerana dipercayai tidak dapat membayar yuran sekolah.

Petaka apakah ini?

Post-script:
Teringat peristiwa mendapat panggilan telefon dari org yang tidak dikenali meminta tolong kerana dia sudah patah semangat hidup kerana kecewa teman lelaki dicuri kakak sendiri. Jauh di sudut hati saya berharap gadis itu masih hidup dengan positif hingga kini...

Friday 12 January 2007

Dilema Seorang Aku

Puisi dijumpai pada sebuah catatan tanpa tarikh; tanpa nama.

Akukah itu
Yang masih terpana
Mendengar ceritera lampau
Akukah itu
Yang terus merintih
Walau dalam gurau

Akukah itu
Yang tak putus memanggil
Pada tiap racau

Itulah aku
Terhimpit pada dua noktah yang bersengketa
Dek kosongnya hati
Disapa dendam tak bersuara
Dicabar soalan tak bertuan
Lalu ku berseru pada Pemilik sekalian hati
Ampunilah aku
Kerana terus-terusan berdiri
Menyanggar dilema seorang aku.

* * * * *

Wahai aku yang berdilema
Bukankah pernah kau nyatakan
Kita menatap bulan yang sama?

Maka...
- pada tiap luruhan daun
- tiap titisan embun
- tiap keping ais bercorak geometri
- tiap debunga yang terbang tinggi
- tiap kembang harum mewangi
- tiap keringat dipanah mentari
- tiap musim bersilih ganti
- tiap derap kaki-kaki
Syarat hidup itu satu -
Jangan sekutu
Mudah-mudahan Dia bersamamu.

Thursday 11 January 2007

Mind

A beautiful maze

My mind is currently cluttered. There are few things that perplexed me among others:
  1. Blogging is for me to express ideas without any tag/label. It's up to the readers to analyse whatever presented and make their own conclusion.

  2. I had to re-do a big chunk of work, pertaining subordinates. I literally slap my temporal bone with my metacarpus several times - to fully understand my current circumstances.

  3. I had to attend something which is so not related (and waste my time instead of settling issue no. 2), at least I doubt it is related. Being here, I think that justice has not being served.

* * * * *

Life is better (albeit difficult to materialise) if we do what we can, not to rattle over other people's niche. A friend of mine recently told me that it is essential to think ahead of your time - many years in advance to make sure that not just you, but also your progenies will live in peace and in one piece. Otherwise, perhaps the nature of human will bogg us down with their curiosity. If not, a lot of people out there will be like me: trapped in before and after world and slowly finding the safest way out.

* * * * *

Oh, didn't I tell you my mind was cluttered? (and even with this current state of mind, I like it to be beautiful)

Monday 8 January 2007

Sakit Itu Nikmat




Bilakah sakit itu menjadi nikmat?

Apabila anda sakit lalu dapat MC dan cuti di rumah?
Atau ada kaum keluarga, sahabat handai yang boleh melayan rengek dan kerenah anda?
Atau apabila masuk wad dapat claim insurans/takaful?
Atau dapat makan bubur berlaukkan sardin atau sup kaki ayam (sup ekor atau gear box tak main)?
Atau boleh tidur lama-lama?
Atau boleh solat dalam keadaan duduk, baring, gerak mata, hati?
Atau kita dapat pahala kerana bersabar di atas kesakitan itu?
Atau kita dekat dengan Allah kerana sengsara?
Atau semua di atas?


Sakit itu nikmat kerana dengan kesakitan, kita sedar yang saraf sakit masih berfungsi, otak juga, dan kita sedar kita masih hidup dan dapat merasa kesakitan.

Hidup itu nikmat.

Sakit itu nikmat.

Friday 5 January 2007

Pendam Resahmu

Terus-terang nak kata, dalam hati hari ini sememangnya resah. Esok kena cakap depan orang. Ada program pre-departure seminar untuk adik-adik OZ-NZ.


Dalam pada terkuis-kuis mencari cara memendam resah dalam hati, terjumpa pula dengan artikel ni: How To Conquer Public Speaking Fear. Bila dah lama tak bercakap depan massa, mulalah rasa gelabah [read: Gubra (but I don't feel stupid speaking in Malay)] menyelinap dalam hati paling sunyi, paling suci (meminjam kata-kata Zaharah Muhammad dalam Hatiku Milikmu).

Ada 11 Myths pasal public speaking ni kata penulis artikel tersebut, iaitu:

  • Thinking that public speaking is inherently stressful (it's not).

  • Thinking you need to be brilliant or perfect to succeed (you don't).

  • Trying to impart too much information or cover too many points in a short presentation.

  • Having the wrong purpose in mind (to get rather than to give/contribute) - (uh uh macam motto Ustaz Hasrizal pulak i.e to give rather than get!)

  • Trying to please everyone (this is unrealistic).

  • Trying to emulate other speakers (very difficult) rather than simply being yourself (very easy).

  • Failing to be personally revealing and humble.

  • Being fearful of potential negative outcomes (they almost never occur and even when they do, you can use them to your advantage).

  • Trying to control the wrong things (e.g., the behavior of your audience).

  • Spending too much time overpreparing (instead of developing confidence and trust in your natural ability to succeed).

  • Thinking your audience will be as critical of your performance as you might be.
Oh, begitu rupanya apa yang terkandung dalam resah hati saya! (err.. memang kebanyakannya betul pun)

Kalau dah bertaraf dongeng akan keresahan ini, bagaimana pula nak menukarkan myths kepada facts?

#1---Speaking in Public is NOT Inherently Stressful
#2---You Don't Have to be Brilliant or Perfect to Succeed
#3---All You Need is Two or Three Main Points
#4---You also Need a Purpose That is Right for the Task
#5---The Best Way to Succeed is NOT to Consider Yourself a Public Speaker!
#6---Humility and Humor Can Go a Long Way
#7---When You Speak in Public, Nothing "Bad" Can Ever Happen!
#8---You Don't Have to Control the Behavior of Your Audience
#9---In General, the More You Prepare, the Worse You Will Do
#10--Your Audience Truly Wants You to Succeed

Dan nak tambah - doa senjata terbaik saya - insyaallah ..

Kalau beginilah cara saya dapat memendam resah, dengan mencuba tentu boleh!

(Untuk kesan yang lebih menakjubkan; sila baca sendiri artikel tersebut).

Indahnya Kesederhanaan

Sedang baca (untuk kesekian kalinya) buku Daun Berserakan: Sebuah Renungan Hati - Palgunadi T. Setyawan.

Pendahuluan: "Indahnya kesederhanaan" di permulaannya tercatat puisi ini:

Un arbre c'est vert
Tous les arbres sout verts
On a tellement vu d'arbres verts
Que l'on a oublie qu'il existe
Aussides arbres roses
Mais si tous les arbres etaient roses
Je vous aimais parle d'un arbre vert
Le monde est beau



Pohon itu hijau
Pepohonan itu hijau
Kita terlalu sering melihat pohon hijau
Sehingga kita sering lupa bahawa ada pula pohon merah
Tetapi bila semua pohon berwarna merah
Aku akan senang berkisah padamu tentang pohon yang hijau
Betapa indahnya dunia


Kenzo Takada

MY UMMAH

Thanks to Ust Hasrizal for playing this song over and over again at one of the programmes.

My ummah, my ummah
He will say
Rasulullah on that day
Even though we've strayed from him and his way
My brothers, my sisters, in Islam
Let's struggle, work, and pray
If we are to
Bring back the glory of his way

Ya Allah ya rabbal 'alamin
Ya rahmanu ya rahim
Ya rabbi
O Allah
Lord of the Worlds
O Merciful and Beneficent
O my Lord

Let the Ummah rise again
Let us see daylight again
Once again
Let's become whole again
Proud again
Cause I swear with firm belief in our hearts
We can bring back the glory of our past

My ummah, my ummah
He will say
Rasulullah on that day
Even though we strayed from him and his way
Look at where we were
And look at where we are
And tell me
Is this how he'd want it to be?
Oh no! Let us bring back our glory



Rintihan Merentas Benua


Meremang bulu roma* bila dengar lagu ni di IKIM.fm waktu ke tempat kerja pagi tadi...

MEREKAH LAH DADAKU
MENGENANG RENTETAN
PERISTIWA ISLAM TAK TERBELA
SAUDARA TERANIAYA
RINTIHAN MEREKA
TANPA BELAS SIMPATI
TIADA YANG MENGHIRAU

JERITAN MENDAYU
SEMAKIN MEMILU
KESANGSIAN DALAM PENGHARAPAN
SIMPATI KEGERSANGAN KARAMLAH HARAPAN
SEBUAH KEDAMAIAN MENJADI IDAMAN

SOMALIA LEMAS DALAM KEBULURAN
AFGHANISTAN SERING DIBURU KEGUSARAN
IRAQ KINI DITINDAS TANPA KASIHAN
BOSNIA BAGAIKAN DETIK YANG PALING KEJAM
PALESTIN DALAM PERJUDIAN
MENUNGGU TIBANYA PENENTUAN
DI MANAKAH MARUAH ISLAM
UMATNYA BAGAIKAN TAK BERWIBAWA
TAK TERCALAR WALAU DIHINAKAN SEHINANYA

MEREKA ITU SAUDARA KITA
YANG BERHEMBUS NYAWA KESYAHIDAN
MEREKA ITU PUTERI-PUTERI KITA
YANG DICABUL SEMAHUNYA

SEDANG KITA BAGAI TAK TERTAMPAR
TERSENYUM TERTAWA BAGAI MERELAKAN
DI MANAKAH PERASAAN
MASIH BERBANGGA DI DALAM KEDAYUSAN
TAK TERCABAR WALAU DICENGKAM DERITA


MENITISLAH AIR MATAKU
DI JENDELA KESAYUAN
MERENUNG KEGELAPAN
MALAM TAK BERBINTANG
MENGHARAP FAJAR BERSAMA
SINARAN MENTARI KEMENANGAN...

Wadi-el-Jadid

I hope the lyric is right as I was half way memorising from the original song by As-Soff.


*And when I came home, my other-half felt the same way, Subhanallah!!

Thursday 4 January 2007

Remembrance of Allah


Narrated Abu Huraira r.a: Allah's Messenger s.a.w said; " Allah the Most High says: 'I am with My slave when he remembers Me and his lips move with My mention."